Thursday, April 11, 2013

Membuka aib terbuka kemaluan

Nota ini ku tulis diwaktu mana fitnah sedang tersebar di arena fesbuk. Entah apa jembalang yang merasuk, seorang dua kawan fesbuk ku sibuk dan rancak sekali berkongsi gambar dan cerita seorang pemimpin PAS. Lalu setiap kali berdenting, kotak masuk, yang menambah perisa pada gambar itu, setiap itu juga lah tertambah satu dosanya..

Berkata orang " apa engkau fikir engkau tuhan yang mengagihkan dosa pahala?"
Kata ku "tidak!...tapi aku antara yang dipilih tuhan untuk kenal dosa pahala"

Kegilaan terkini ini membawa memori aku mengimbau zaman aku di Bukit Beruntung kira-kira 15 tahun yang lalu....
Sewaktu awal Bukit Beruntung, keadaan amat sunyi, maka setelah seketika disana, terancang oleh keadaan semasa, satu pasukan pencegah maksiat perlu ditubuhkan.
Berlumba-lumba orang tertarik hendak menjadi ahli pencegah maksiat. Aku selaku antara barisan orang yang dikenali dipelawa untuk turut serta..
"Maaf...aku bukan selayak orang" jawab ku ringkas.
Lantas saban minggu, berderai cerita sensasi "tangkap basah". Aib "suspek" dicerita, keseronokan mengendap jadi seperti adrenalin yang ditagih.
Diwaktu itu terserlah, tujuan apa si "pencegah maksiat" tadi... Alhamdulillah Allah lindungi aku dari fitnah yang bertopengkan amal. Kesudahan dan natijahnya ada diantara ahli penangkap basah itu juga  ahli maksiat!!...tapi ditempat orang bukan disana.

Sesungguhnya ada larangan untuk kita menyerbu kemaksiatan yang tidak terlihat. Sebagaimana segala kemaksiatan yang pernah kita lakukan, Allah telah menutupnya- mengapa perlu kita membukanya.

Nah apalagi pada cara fitnah yang menggunakan cctv, membuka aib orang sama ada suka-suka atau dendam kesumat politik.. Fikirlah, sewaktu kita memasang alat rakam atau cctv itu, sewaktu itu keburukan kita telah pun dirakamkan untuk tayangan diakhirat nanti. Sewaktu hasil rakaman kita tuai dan edar, rakaman perbuatan kita dah pun ditimbang dan dosa sudahpun di kreditkan. Sewaktu kawan-kawan fesbuk kita meng"share" mengomen dan memfowardkan hasil kerja kita, rangkaian jalinan sesawang dosa kita terus berkembang...

Patutkan ucapan tahniah pada hasil usaha kita itu? Berbaloikah usaha kita memalukan hamba Allah yang telah ditutup dosa peribadinya oleh Nya, tapi kita yang membuka aib orang itu?

Taubatlah rakan taulan. Jangan jadikan politik sebagai tempahan tiket ke neraka Allah. Jangan jadikan kejahilan kita harga membeli keseronokan dunia untuk penyiksaan akhirat.....

Wednesday, February 6, 2013

Kembali terasa nak menulis

Lebih setahun berlalu, hati tiba-tiba terasa terpanggil untuk menziarah laman sepi yang dah lama aku tinggalkan. Banyak perkara yang membuat hati terlalu tawar untuk menarikan jari di kekunci ASUS murahan aku ini. Namun begitu banyak lagi idea-idea yang terkadang songsang memberontak menuntut agar dilepaskan kealam cyber yang fana ini.

Kenapa dah lama tak tulis, tiba-tiba satu suara bertanya dari wajah yang teramat laaaama sudah tak terpandang...ada, cuma malas dan sibuk dengan urusan lain. Tak pa nantilah saya tulis semula jika ada umur...jawab ku ringkas.

Banyak sebab yang menyinggung jari ini dari menerjah kekunci komputer..yang amat terkesan, apabila tulisan kita menjadi titik pertengkaran. Sebetulnya akal merdeka tak mungkin singkat untuk mencari jalan mudah melalui konfrantasi apatah lagi bertegang  leher hanya kerana rentitan susunan kata yang mungkin bertukar menjadi batu bata jatuh dari langit. Pun begitu sekali lagi mungkin hanya yang kurang akal sanggup memutuskan jalinan persaudaraan cuma kerana kalah berhujah dan marah tak berhujah.

Okay.. setakat ini dulu untuk pembuka tirai arena baru, masih perlu membiasakan dengan layout terkini juga pasrah mencari kata kunci yang semakin terpudar kerana tidak disentuh sekian waktu...

Wassalam...

Thursday, June 9, 2011

Qarinah dan Qazaf

Maka tiba-tiba wall facebook kita berselirat dengan sisipan video seorang Ustaz denga tajuk Penjelasan Tuduhan Zina tanpa 4 orang saksi. Saling berrangkai, pautan demi pautan, via wall sifulan kepada wall sifulan dan sifulan kepada sifulan... lagak seperti terkejut beruk sangat dengan ceramah ustaz yang mendedahkan bahawa mana mungkin 4 orang saksi menjadi tunggak kepada setiap kesalahan seks, atau lebih tepat merujuk kepada Zina dan Liwat dalam perundangan islam!!

Saya lebih suka mengkaji daripada menyebarkan- lebih-lebih lagi jika ianya sesuatu yang bersangkutan dengan perundangan yang telah termaktub dalam agama islam. Maka disini saya bawakan secara ringkas, bersesuaian dengan kapasiti saya sebagai orang awam satu catetan bersangkutan dengan hal yang disentuh dalam klip video tersebut.

Pada awal video tersebut tertulis kata-kata sebegini.." Bolehkah membuat tuduhan zina tanpa membawa 4 orang saksi, sebaliknya penuduh hanya mempunya bukti-bukti lain seperti video, gambar, air mani, DNA, pakaian dan sebagainya?" disini saya ubah, baca dan cernalah catetan saya ini secara jujur dan jawablah sendiri persoalan yang dibawa oleh tukang edit video tersebut...ingat secara jujur!!

"Ustaz" yang berceloteh pun memulakan bicara dengan mengatakan bahawa:-

Pertuduhan zina ada tiga (kaedah)..barulah boleh jatuh (hukum) sama ada nak kena hudud atau ta’zir. Pertama ada ikrar (pengakuan). Bila mengaku berzina, dia kena hudud.

Kedua. Hendaklah dikemukakan empat orang saksi. Yang adil, yang tidak fasiq, yang nampak sungguh-sungguh perlakuan zina itu berlaku.

Ketiga, seandainya tidak ada 4 saksi, ia datang dari segi qarinah (pembuktian lain). Qarinah adalah pembuktian yang tidak ada 4 saksi. Tetapi tidak boleh dihukum di bawah undang-undang hudud, (sebaliknya) dihukum di bawah undang takzir”, katanya.

Setelah kita rujuk, kita dapati bahawa Jenayah zina telah sepakat di kalangan ulama boleh thabit dari dua perkara :

a) Pengakuan daripada penzina atau Iqrar.

b) Bukti yang jelas iaitu oleh 4 orang saksi lelaki muslim, baligh, merdeka, punyai pengelihatan, boleh bertutur, tidak ditohmah sebagai pembohong dan adil. (al-Feqh al-Islami wa adillatuhu, 8/6035-6040, cet kedua, Dar al-Fikr)

seseorang sabit jenayah zina/liwat.MENUDUH-tidak ada langsung kita jumpa tentang Qarinah dalam bab

DALIL PARA JUMHUR ULAMA’:

1. Firman Allah:

Mafhum: “Maka mestilah bersaksi ke atasnya ( kes zina) dengan empat saksi daripada kamu” (An-Nisa’: 15)

2. Firman Allah:

Mafhum: “Bagi mereka yang menuduh wanita-wanita baik (dengan zina) kemudian tidak membawakan empat orang saksi” (An-Nuur 4)

3. Firman Allah SWT:

Mafhum: Hendaklah kamu bersakasi dengan mereka yang adil daripada kalangan kamu (At-Talaq: 2)

4. Sabda Nabi SAW:

Mafhum: “Empat saksi lelaki atau hukuman sebat ke atas belakangmu” (Riwayat al-Bukhari dari Ibn Abbas lihat Nasb ar-Rayah 3/306, dan Abu Ya’l al-Mausili daripada anas bin Malik)

Qarinah- hanya diterangkan kaedah ini dalam masalah jenayah zina adalah berkenaan dengan wanita (mangsa rogol) yang tidak mempunyai saksi, dia dibolehkan membawa bukti-bukti (qarinah-qarinah) terkuat mengikut cara perundangan ke mahkamah atau ke qadhi dan hakim. Ia mesti dilakukan dengan teliti agar tidak sabit hukum qazf ke atasnya. Dalam ertikata lain, (membawa bandingan cetik ustaz itu)... Jika ada seorang anak dara budak kilang (kata ustaz itu) didepan rumah kita, yang tiba-tiba besar perutnya, maka kandungan dalam perut itu menjadi Qarinah (bukti) bahawa dia telah berzina. Cantiknya perundangan islam, disini perlulah si wanita tadi membawa Qarinah (bukti-bukti) pula bahawa dia dirogol apabila disoal samada dia telah berzina yang menyebabkan dia mengandung.

Jika wanita itu didapati memang telah berzina dalam "kaedah perundangan", tetapi masih tidak mahu mengaku- maka jatuhlah takzir keatasnya. Jika dia mengaku, maka hudud lah keatasnya.

Begitu juga jika Qarinah yang dibawa oleh wanita itu menunjukkan dia telah dirogol, maka terselamatlah dia dari hukuman dan dia boleh meminta hakim memberi keadilan keatas dirinya dan menghukum perogolnya dengan Qarinah yang ada, dengan cara yang diajar oleh syarak.

Kepincangan pada klip video yang tersebar adalah, si ustaz hanya menonjolkan bahawa anak dalam kandungan itu adalah Qarinah untuk kita menuduh wanita itu berzina, tanpa usul periksa- ustaz tidak memberi ruang atau penerangan langsung tentang pembelaan nasib wanita yang mengandung itu dengan kaedah Qarinah.

Ustaz pula seperti menyindir bila mana membawa gambaran isteri jemaahnya dirogol- di gambarkan kebodohan ahli jemaah nya (juga mungkin penggemar video nya) yang tidak tahu apa yang hendak dibuat kerana tidak ada 4 orang saksi, disini saya kongsi kan kaedah terutama untuk mereka yang sedang rancak memfowardkan video itu...biar cerah sikit otak itu..

Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat lapuran polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini prosedur biasa.

Polis atau pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan lapuran dan keterangan yang diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol sememangnya telah berlaku, pegawai penyiasat akan menyerahkan lapuran kepada pihak pendakwa.

Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak mencukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah undang-undang Takzir. Melalui peruntukan Takzir, beban pembuktian adalah lebih longgar. Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA test, lapuran

kesihatan, penilaian psychology, dll) dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah boleh digunakan sebagai bahan bukti yang boleh mensabitkan kesalahan takzir ke atas perogol. Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf, kerana Qazaf merupakan kesalahan Hudud dan sebarang keraguan

yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah) dalam kes Hudud boleh menggugurkan kes tersebut. Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt). Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi

tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.

(Saya benar-benar berharap agar sahabat yang turut ketawa dengan lawak ustaz ini dalam masalah diatas bertubatlah- kerana anda mungkin sebenarnya mentertawakan kehendak Allah tanpa disedari...)

Merujuk kepada urutan dalam pencarian saya, sebenarnya kita akan berjumpa dengan istilah 1. Ikrar 2. 4 orang saksi 3. Qazaf dan keempat barulah Qarinah.

Jelas ulamak telah menggariskan dangan petunjuk dari Allah dan Nabi saw, sebelum kita berbicara bab Qarinah, pastikan dahulu kita faham peruntukan Qazaf dalam perundangan islam. Qazaf membawa kepada hudud, sedangkan Qarinah hanya membawa kepada takzir.

Qazaf ialah membuat tuduhan zina yang tidak dibuktikan oleh empat orang saksi lelaki terhadap seseorang Islam yang mukallaf dan dikenali sebagai seorang yang bersih diri daripada kelakuan zina. Tidak berlaku Qazaf atas tuduhan kepada pelacur atau gigolo, atau orang yang diketahui sebagai ahli zina. Islam begitu mengambil berat isu qazaf sehinggakan, dengan kata-kata seperti "engkau anak haram" atau "engkau bukan anak bapa mu.." adalah menuduh seorang ibu itu berzina dan boleh dijatuhkan hudud kepada pengucapnya- inikan pula menuduh secara terang-terangan bahawa seseorang individu itu berzina/liwat.

Seorang wanita yang mengandung anak luar nikah pun boleh dikenakan Qazaf jika menuduh seseorang itu bapa kepada anak dalam kandungannya jika Qarinah yang dibawa nya tidak kuat atau ditolak oleh mahkamah, inikan pula seorang asing yang tidak ada kena mengena tiba-tiba menuduh seseorang telah bersetubuh/liwat dengannya samada secara paksa atau sukarela.

Perlu diingat, berapa ramai pula hari ini, wanita yang berzina dengan teman lelakinya, tetapi akibat ditinggalkan teman lelaki maka mendakwa dirinya dirogol, atau terdapat juga wanita jahat yang diupah dan sebagainya, yang sengaja mahu menjerat individu tertentu maka menuduh dirinya dirogol individu sasarannya, tanpa bukti langsung. Justeru dengan adanya hukuman qazf ini, perkara ini akan terhalang.

Maka, keadilan hukum Islam ini menyelamatkan kedua-dua pihak, sama ada pihak wanita yang dicabuli (dengan hukuman hudud atau ta’zir ke atas lelaki yang mencabulinya) dan pihak lelaki (boleh disabit hanya dengan 4 saksi atau bukti yang nyata tanpa boleh dituduh sebarangan) Jelas, Islam menjaga kedua-dua belah pihak tanpa sedikitpun menzalimi mereka.

Sebagai penutup, catetan diatas adalah olahan dari pembacaan dan perbincangan saya dengan guru-guru saya. Saya mohon maaf kerana tidak dapat memberi nota kaki untuk tuan-tuan tekuni, tetapi percayalah insyaAllah, buka lah mana-mana kitab fikh pun, jika menyentuh soal zina, maka urutan nya adalah begini..

1. Ikrar

2. Saksi 4 orang

3. Qazaf

4. Qarinah

Kesimpulan..untuk jenayah zina.

1. Pertuduhan WAJIB membawa 4 orang saksi.

2. Jika menuduh seorang itu berzina dengan kaedah Qarinah kandungan, tertuduh berhak membawa Qarinah untuk membuktikan bahawa dia dirogol.

3. Jika menuduh seseorang berzina dengan kaedah Qarinah, Qazaf perlu juga dijalankan kerana hudud adalah lebih utama dari takzir.

Qazaf membawa kepada hudud, sedangkan Qarinah hanya membawa kepada takzir. Hudud adalah ketentuan Allah, dan takzir adalah ketentuan para hakim (manusia), mana mungkin dan mengapa ustaz melanggar Hudud untuk menjatuhkan Takzir?

Saya adalah orang sekular yang hanya mampu membuat rujukan dan muzakarah tanpa ada apa-apa motif politik, ianya semata-mata kerana ilmu islam, mungkin ada kesalahan pemahaman saya dalam bab ini saya mohon dibimbingi. Sedangkan ustaz yang menyampaikan kuliah adalah orang agama tetapi kita tidak pasti apa kepentingan nya atau mungkin sahaja olahan penyebar video yang telah diedit ini yang sebenarnya berkepentigan, saya serahkan pada tuan-tuan dengan penghujahan yang tak seberapa ini semoga kita terus dilindungi Allah dari fitnah akhir zaman. Dengan itu, jawablah persoalan yang mula-mula kita hadapi tadi dengan sejujurnya....

WallhuA'lam

Sebarkanlah jika ada baiknya...

(pada rakan-rakan yang kurang senang dengan tulisan saya ini, saya mohon maaf. Saya cuma merasakan ianya perlu disebarkan sebagai wadah tuan-tuan semua menilai dengan hikmah dan jujur)

Tuesday, May 31, 2011

Muhasabah Rejab, Syaaban dan Ramadhan

Tiba-tiba kita lihat kedai kain dah mula dikunjungi pembeli, tukang-tukang jahit pula dah mula meletak harga musim "hangat", dah berani meletak tarikh akhir untuk tempahan. Saudagar kuih dah mula bercita-cita, kuih itu nak dibuat tepung itu, gula ini semua dalam perkiraan.

Congak-congak, rupa-rupanya esok masuklah bulan keramat Rejab yang terus menjemput Shaaban, Ramadhan seterusnya 1 Syawal didalam kehidupan kita. Sememangnya sinonimlah dalam kehidupan kita, 3 bualn sebelum raya ini adalah bulan-bulan sibuk, sehingga kesibukan dunia itu sering kali menutup mata hati kita untuk melihat kepada hakikat disebalik tiga bulan yang mendatang ini.

Sayu juga hati ini, dengan menghampir nya Ramadhan acap tahun, kita terbayang wajah rakan taulan, sanak saudara yang kita telah tiada lagi bersama dalam saf-saf tarawikh. Malang bagi mereka yang telah tidak diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan 10 malam terakhir pada Ramadhan 1432 kali ini.

Telah berpesan guru ku bahawa katanya dalam bulan Rejab ini, satu perkara yang berlaku adalah, Kariman Katibin akan menyemak lembaran, siapakah yang akan dipanjangkan umur dan siapa pula yang dipendekkan umur nya.Malaikat maut itu akan melihat, siapakah yang akan diambil nyawa nya pada Rejab, Syaaban dan siapa pula yang tersenarai antara mereka yang beroleh ganjaran peluang di akhir 10 Ramadhan 1432. Pasti seawal esok, banyaklah nanti kita lihat, baca, dengar dan alami berita kematian yang tidak sudah-sudah. Perkara tahunan ini samaada sedar atau sengaja buat-buat tak sedar pasti berlaku lagi pada tahun ini...soalnya apakah kita ini adalah diantara calon yang diambil nyawa nya atau calon yang mencecah ke akhir Ramadhan? Apakah kita tersenarai antara insan yang tak sempat memakai baju sedondong baru ditempah, atau kempunan tak merasa kuih raya yang berkotak-kotak.

Bersandarkan atas kesedaran ini, terjumpa kita akan satu doa, yang diajar oleh alim ulamak dan bukan niat kita diwaktu ini untuk berbahas akan status doa yang disabit sebagai hadis, tetapi sekadar amalan doa tambahan. Doa adalah sesuatu yang umum dan tidak memerlukan kepada sanad, apatah lagi doa-doa yang dianggap baik ini memang dibolehkan dan digalakkan.

Oleh yang demikian, sebelum kita sibuk lebih jauh dengan kerenah duniawi menuju syawal, marilah kita berhenti sejenak dan terus berdoa disepanjang 3 bulan yang mendatang ini demi kepasrahan kita kepada Yang Esa...semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan dapat laksanakan ibadah puasa, qiam dan yang seumpamanya dengan sempurna dan diterima oleh Allah kerana Allah.

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “

Setidak-tidaknya, jika pun kita ditakdirkan tak bertemu dengan Ramadhan tahun ini, nawaitu, hajat dan niat kita jitu dan satu untuk beribadat kepada sang pencipta, bukan untuk kain baju yang sedondong atau kuih muih yang sedulang....

WallahuA'lam...peringatan untuk diri ku

Sunday, July 25, 2010

Berikut adalah jawapan saya terhadap satu pertanyaan...

Assalamualaikum w.b.t

Maaf ana yg Jahil ni ingin bertanya setelah berdialog dengan seorang hamba Allah.

Kenapa di Indonesia walaupun majoritinye mengikut Mazhab Syafi'ie tetapi boleh berkahwin campur?
Perkahwinan yg berlainan agama.

Harap dpt dibantu.

Terima Kasih

Manan

Salam untuk semua, khas nya kepada Tuan Manan Tuan pertama sekali perlu faham bahawa Indonesia adalah sebuah negara yang jauh lebih sekular dari Malaysia. Pengaruh fahaman liberal belanda yang tebal akibat dijajah sekian lama memang telah berakar umbi dalam masyarakat mereka dalam serba serbi kehidupan terutama pada gologan berada apalagi pemerintah. Kita perlu sedar walau banyak mana pesantrian, ramai mana ulamak dan jutaan manusia yang berstatus Islam yang terdapat disana, Islam bukanlah cara hidup keseluruhan rakyat mereka secara total. Ditambah pula dengan segala macam fahaman nusantara yang bercampur aduk hanya segelintir sahaja yang mahu menjurus terus kepada islam hakiki disana. Kesimpulan yang tuan ambil bahawa disana boleh berkhwin campur atau dalam istilah mereka "pernikahan beda agama" adalah didasarkan kepada formaliti dan tidak ada kena mengena langsung dengan departement agama disana dan terang-terang ianya adalah prinsip sekular pengasingan agama dan kehidupan harian manusia . Kerana berbeza dengan kita, perundangan nikah khawin terutama yang berkait dengan umat islam adalah dikawal dan dilandaskan kepada Syari'e. Sebenarnya fatwa ulamak disana adalah saya kepilkan.. MENETAPKAN : FATWA TENTANG PERKAWINAN BEDA AGAMA 1.Perkawinan beda agama adalah haram dan tidak sah. 2.Perkawinan laki-laki muslim dengan wanita Ahlu Kitab, menurut qaul mu'tamad, adalah haram dan tidak sah. Ditetapkan di : Jakarta Pada Tanggal : 22 Jumadil Akhir 1426 H. 29 Juli 2005 M. MUSYAWARAH NASIOANAL VII MAJELIS ULAMA INDONESIA, Pimpinan Sidang Komisi C Bidang Fatwa Ketua, Sekretaris, Maka begitulah celarunya islam disana, sedangkan fatwa hanya tinggal fatwa dan tidak akan berlaku sesuatu fatwa itu digazetkan seperti di Malaysia, makanya ianya adalah hak dan pilihan individu samaada mahu mengikut fatwa atau tidak. Sebagai contoh untuk bandigan disini fatwa pengharaman merokok adalah jelas, tetapi tidak digazetkan, maka terserah kepada individu untuk teus merokok atau tidak, sedangakan larangan merokok ditempat berhawa dingin telah digazetkan dan sesiapa yang melanggar larangan itu akan dihukum. Kesimpulan, jangan kita beranggapan bahawa di Indonesia itu boleh berkhawin campur dari segi hukum syari'e, tetapi harus lah kita faham bahawa mereka berkhawin campur disana bukan lah berlandaskan fatwa tetapi sekadar undang2 dunia semata-mata. WallhuAlam

Thursday, August 20, 2009

Perutusan untuk mereka yang beriman

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa (Baqarah : 183)

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil) … (Surah al-Baqarah : 185)


Bersama kita mengejar ganjaran Allah semata-mata kerana Nya berlandaskan ilmu dan sunnah Nabi (saw). Saya sudahi dengan ucapan ….. Ramadhan Kareem, Kullu Sanah Wa Entum Tayyibun


Saturday, August 15, 2009

Saya dahulukan dengan ucapan maaf

Assalamualaikum para sidang pembaca yang saya muliakan. Busy dengan dunia membuatkan dah lama tak berhujjah disini. Sedar tak sedar Ramadhan telah pun kian hampir, dan menjadi lumrah kebiasaan banyaklah email bermusim yang kita terima dan salah satu yang menarik minat angah adalah yang berikut... Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat." Mungkin sidang pembaca juga ada menerima email yang seperti itu, mungkin ada juga yang telah mengfwdkannya, apa pun dibawah adalah jawapan saya...semoga ada manfaat. Maaf juga saya utarakan terlebih dahulu apa kiranya tulisan ini kelak melawan arus, kerana sememangnya yang batil harus kita tolak dan yang haq wajib kita junjung, namun begitu tidak sekali-kali matlamat menghalalkan cara selagi mana ia tetap dalam aman. Sudah termaklum untuk kita semua sentiasa memohon maaf dan seperti yang diajar pada aliran tasawuf mengatakan sebaik-baik dosa adalah yang terus disusuli taubat, begitulah juga dengan kesalahan sesama manusia, tidak berkehendakkan kepada datangnya Ramadhan untuk kita memohon maaf, melainkan terus bermaafan apa kala tersedar akan kesilapan kita. Lantaran maksud itu lah saya terpanggil untuk lebih meneliti "hadis??" yang disisipkan kerana tidak disertakan dengan sanad dan mantan, malah mendengar atau membaca nya sahaja telah mendatangkan sangsi. Setelah saya selidiki maka terserlahlah akan melatanya "hadis?" tersebut dan dari kesemua laman yang tertera, tidak ada satupun sanad perawi dan martabat hadis yang disertakan. Ini memaksa saya merujuk kepada kenalan yang sedang menuntut di Masjidil Haram Mekah, untuk menyiasat "hadis?" tersebut dan seperti yang saya jangkakan, beliau tidak berjumpa satupun riwayat yang sepertinya dari kitab-kitab hadis sunan abu daud, sunan tirmizi, addaromi, almuwatho, tanbihul ghofiliin, muslim dan bukhory. Malah kami percaya jika dilihat dalam kitab hadis-hadis palsu pun kita tidak mungkin terjumpa akan "hadis?" yang dibawakan ini. Oleh yang demikian kami suka memanggilnya setara dengan cerita donggeng, selagi tidak dibawakan sanad perawi seperti yang seharusnya disertakan apabila mengutarakan hadis hujjah. Oleh itu saya berharap, pada tuan-tuan dan puan-puan yang mengetahui akan sanad "hadis?" ini agar boleh dikongsi bersama, atau setidak-tidaknya mem"back-track" email "cut and paste" ini balik kepada tuan yang mula-mula menyebarkan cerita donggeng ini kerana tanpa sanad perawi yang sohih sebenarnya dia telah berdusta atas nama Jibril dan Nabi saw. Ingatlah pada siapa sahaja yang mendapat cerita-cerita yang mirip kepada hadis tapi tidak disertakan sanad perawi, seharusnya diteliti dan disiasat dahulu akan kesohihannya, kerana telah difatwakan dari sekian ramai ulamak muktabar bahawa tiada keberkatan bagi pendustaan dan pembohongan pada hadis palsu dan tidak dikira ibadat dengan menulis cerita dongeng ini meliankan dengan niat untuk memusnahkannya dan sabda Nabi (saw) siapa yang berdusta atas nama aku siaplah tempat duduk nya dalam neraka. Adapun hadis yang paling hampir atau mirip-mirip kepada apa yang disebarkan ini adalah seperti dibawah:- Nabi SAW naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya. “Kenapa engkau berkata ‘Amin, amin, amin, Ya Rasulullah?” Nabi SAW bersabda, “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’, kemudian Jibril berkata lagi, ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin”. [Hadits Riwayat Bazzar dalama Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No. 500 dari Jabir bin Abdillah)] juga kedapatan dalam [Hadits Riwayat Ibnu Khuzaimah 3/192 dan Ahmad 2/246 dan 254 dan Al-Baihaqi, Hadits ini shahih, asalnya terdapat dalam Shahih Muslim 4/1978] Semoga tuan yang memulakan rantaian email ini mempunyai hujjah yang menyelamatkan dia dari berdusta atas nama Jibril Alaihissalm dan Muhammad (s.a.w) dalam kegaiharahan untuk mengajak orang memohon maaf secara bermusim. WallahuA'lam hujjah dan muzakaroh dialu-alukan

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Sya'ban antara amalan dan mitos

Assalamualaikum,

Salam adalah sebaik baik cara memberi salam membuka majlis kerana itulah yang diajarkan oleh Nabi kita saw. Selain dari salam tersebut, semuanya adalah batal dan tidak mendapat ganjaran pahala salam yang dijanjikan oleh Allah. Termasuklah juga Salam Nisfu sya'ban, salam Hadari, salam satu Malaysia dan sebagainya yang dicipta oleh akal manusia.

Katakanlah yang benar walaupun pahit, adalah amanat setiap alim ulamak kepada seluruh muridnya. Yang tahu perlu mengajar dan yang mendengar perlu menyampaikan walau diri bukan ditaraf alim. Dalam konteks itu, tajuk diatas adalah disentuh, semoga sampai ulasan ini kepada punca pertama email ini dikirimkan.

Hebat betul orang yang boleh buat seperti yang dianjurkan oleh syeikh ni.. Tapi ingat, itu semua hanya garis panduan amalan orang itu sahaja bukan dari sandaran Nabi. Tentu apabila ianya bukan dari sandara Nabi maka, amalan itu kita katakan bid'ah. Menurut Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki, setiap bid'ah itu tidak boleh kita sesatkan sewenang, tetapi perlu diletak keatas neraca hukum yang lima. Berdasarkan pula pada sandara hadith Nabi yang lain, Baginda melarang sahabat yang berlebih-lebihan dalam puasa dan amalan-amalan yang lain, nah disini, dengan anjuran solat sunat yang melebihi sunat tarawikh, dengan zikir dan wirid yang melebihi kebiasaan, jelas dan tidak salah jika kita simpulkan bahawa amalan yang disarankan adalah ciptaan manusia biasa yang tidak ada sandaran langsung kepada Nabi malah Al-Quran yang boleh membawa kepada ibadat sia-sia.

Hadith sahih fadhilat nisfu sya’ban :

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).

(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

Berdasarkan hadith ini cukuplah bagi kita meningkatkan amalan kita pada malam tersebut mengikut cara yang telah diajar nabi dengan amalan harian seperti bangun solat tahajud, membaca al-Qur’an (jangan mengkhusus surah-surah tertentu untuk diabaca), berzikir dengan zikir-zikir mathur dan berdoa.

Daripada Aisyah ra berkata: (Adalah Rasulullah saw apabila berpuasa, sehingga kita menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan) melainkan pada bulan Sya’ban).

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Daripada hadith di atas kita juga disunnah memperbanyakkan puasa dalam bulan sya’baan TETAPI jangan kita mengkhususkan puasa pada nifsu syaa’ban dengan mengatakan sunnah untuk puasa pada nifsu syaa’ban. Hadith sahih hanya mengatakan sunnah untuk memperbanyakan puasa pada bulan sya’baan sahaja tiada hadith yang menyebut khusus tentang sunnah berpuasa pada hari nifsu sya’ban.

Jadi sesiapa yang hendak berpuasa pada hari nifsu sya’ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi memperbanyakkan puasa pada bulan sya’ban maka sesunggunhnya dia telah mengikut sunnah. Sebaliknya jika niat nya puasa nisfu sya'ban, maka ianya adalah mereka-reka sendiri amalan lalu dikaitkan dengan islam.

Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalam-amalan khusus nisfu sya’baan:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

JIK MAHU BERAMAL

1. Bolehlah memulakan satu azam baru untuk sentiasa bersolat wajib secara berjemaah selepas mendapat buku amalan baru itu.

2. Berazam untuk terus membaca Al Quran setiap hari sepenjang tahun mendatang

3. Berazam untk istiqomah dengan wirid dan zikir yang biasa dan tidak pelik-pelik jumlahnya berdasarkan sunnah Nabi bukan ikutan buta tuli

4. Boleh berpuasa pada esoknya tetapi ingat niatnya hanya sekadar untuk membanyakkan berpuasa pada bulan sya'ban. Juga perlu ditegaskan oleh kerana ianya bukan puasa syariat yang khas, puasa hari jumaat perlu diikuti atau didahului dengan sehari berpuasa agar tidak di;ihat sebagai puasa Jumaat tunggal yang menyamai amalan jahiliah.

JANGANLAH KITA JADIKAN ALAMAN KITA SEBAGAI AMALAN BERMUSIM ATAU HANYA PADA HARI-HARI TERTENTU KERANA IANYA MEMANG TIDAK DIAJAR LANGSUNG OLEH NABI, JIKA TIDAK TENTULAH AMALAN-AMALAN INI TELAH JELAS SEJELAS KHAFIAT SOLAT, PUASA ATAU LAIN-LAIN.

Having said all that, saya juga berpendapat amalan yasin yang 3 kali, zikir dan wirid yang beribu-ribu kali itu jauh lebih baik dari sembang kosong dengan rokok ditangan diserambi-serambi surau atau kedai-kedai mamak. Namun jangan kita cuba menipu malaikat atau tuhan dengan ibadat yang dibuat-buat kerana tahu Dia akan turun pada malam itu.

WallahhuA'lam

Wednesday, May 13, 2009

Boneka dan kuda kepang

Siapa yang gila kuasa "DAP puppet" or the "Barisan kuda kepang"? The puppet says "fresh election!!" even though he knows that the palace might not want him anymore. The kuda kepang keep on dancing even though the music stopped playing and keep saying "This is my stage".

Monday, May 4, 2009

Benarkah Islam itu mudah?

Seseorang telah berhujah tentang ucapan islam itu mudah dan sememangnya ungkapan itu kedengaran baik dari para alim ulamak hinggalah orang awam yang merasa dia terlebih tahu ilmu Allah tetapi hakikat amal nya adalah sebaliknya. Berikut adalah semata-mata pengertian saya tentang mudahnya Islam, insyaAllah kebenaranya ada disitu tetapi sanggahlah jika tersinggung akidah.

Islam itu mudah, tak semudah ucapan itu. Malah ucapan itu pula perlu sesuai dengan keadaan, tempat dan yang paling penting sesuai dengan takat iman dan akal yang mendengar. Apakah mudah islam itu jika perlu mengambil wudhu 5 kali sehari semalam dalam keadaan musafir atau mid winter dengan suhu cukup dibawah 10 darjah c sahaja?  Kalau sewenangnya kita sebut "Islam itu mudah" pada orang yang baru nak dekat dengan islam atau pada mereka yang baru baligh pada usia 50an dah tentu kita kena pelangkung jika tidak kena empat dan keadaan nya.
 
Sebelum kita faham "kemudahan" dalam islam, kita perlu sedar bahawa mujahadah adalah lebih penting dan lebih besar. "Mudah" itu datangnya kemudian. Pendeknya untuk kita mencapai tahap mudah dalam islam, setiap individu perlu mujahadah, setidak-tidaknya dalam mencari ilmu selok belok ibadah. Perlu kita mengerti akan Azimah dan Ruksyah, disitu kelak kita berjumpa mudahnya islam dalam ibadat, TAPI bukan lah dengan tidak bersolat (contoh) itu dipanggil mudah. Lojiknya, mana lebih mudah jika seorang yang tidak pernah bersolat, kini dia perlu bersolat? Malah bukan sekadar bersolat tapi kena solat 5 kali sehari semalam lagi pulak!!! Sudah tentulah seorang yang tidak terkongkong dengan rutin solat merasakan kewajipan itu sebagai satu bebanan, lalu bertanya "apa mudah nya tentang islam?"
 
Cuba kita selidik apakah hakikat asal perkataan islam itu adalah mudah? Kita hanya menyebut tapi apakah sebutan kita itu berdasarkan ilmu atau kita juga jatuh kepada istilah yang dikatakan sebagai taqlid. Dengan tambahan dari saya "taqlid buta"  jika kita bertaqlid tanpa ilmu. Taqlid yang sedikit elok darjatnya daripada taqlid orang awam perlu disokong dengan  sedikit nash. Pada tingkatan ini kita tidak perlu tahu susurjalur sesuatu nash secara detail, tetapi cukup sekadar tahu secara zahir nash disebalik hujah, hukum atau fatwa.
 
Dalam konteks ini ada satu riwayat yang mengatakan, Nabi bersabda "Jika aku diberi pilihan akan dua perkara. Yang satu payah dan yang satu mudah, nescaya aku akan memilih perkara yang mudah". Mungkin dari riwayat ini selain nash alquran diguna pakai oleh ramai orang dalam mewar-warkan kata-kata "Islam itu mudah", tetapi sayangnya mereka terlupa akan kunci kepada hadis ini, iaitu dihujugnya Nabi menambah.."Aku akan memilih yang mudah, asal sahaja yang mudah itu tidak mendatangkan dosa". Maknanya, mudah itu apa? mudah itu adalah mudah dalam syarak, sehabis-habis mudah dalam syarak itulah batas kemudahan untuk kita. Jika kita mahu kan yang lagi mudah, sedangkan yang mudah itu telah terkeluar dari syarak, maka jatuhlah dosa dan pada hati yang mati terluahlah kata-kata islam ini menyusahkan. ..nauzubillah, semoga kita dan anak isteri kita terlepas dari sedemikian.
 
Seharusnya pada usia ini, kita sedar bahawa dalam islam ini ada perkara yang kita boleh selidik, kaji dan persoalkan. Namun begitu ada juga perkara yang kita harus terima bulat-bulat, perkara yang tidak seharusnya kita tanya kenapa dan mengapa? Islam ini bukan agama jumud yang menghalang umat dari bertanya dalam pada itu pula islam bukan agama logik yang memerlukan jawapan sains pada setiap suruhan. Banyak rahsia Quran yang terungkai oleh sainstis islam mahupun bukan islam, namun begitu banyak lagi hukum dan cara yang tak usai dipertikaikan orang tentang islam.
 
Akhirkata, dalami lah ilmu, kelak ia menjadi mudah, saya tambah -islam itu sememangnya mudah tapi jangan sesekali mempermudahkan.
 
 
Wallhua'lam.

Friday, May 1, 2009

Implikasi Keputusan anak WAJIB kekal kafir

(Ditulis pada 27/4)

Tulisan berikut adalah sorotan dari keputusan kabinet Malaysia. Saya bukan seorang ahli politik dan tidak minat langsung pada politik tanahair yang jelas kotor. Secara jujur saya hanyalah seorang yang hanya berminat untuk hidup aman dengan pekerjaan, keluarga, masyarakat dan beramal sebaik mungkin pada Sang Pencipta. Tulisan ini hanyalah sekadar pandangan peribadi saya untuk dikongsi terutama bersama tuan-tuan yang belum sedar akan situasi tersebut. Saya juga mengalu-alukan maklum balas tuan-tuan untuk kita sama-sama berkogsi pemahaman. Saya pasti pihak PGSM (Persatuan Peguan Syarie Malaysia) atau pengamal undang-undang yang beriman akan mengeluarkan kenyataan mereka nanti jika mereka masih peka.

NST Jumaat, 24 April adalah dipetik:-

"KUALA LUMPUR: The cabinet has decided that civil courts are the right place to dissolve a marriage in the event of a spouse converting to Islam.

It also decided that if either spouse were to convert to Islam, the children should follow the faith that the parents had agreed on at the time of marriage, or implied by their common religion."

Mungkin pada sesetengah orang, tajuk diatas adalah sedikit keterlaluan, tetapi pada hakikatnya itu lah yang sebenarnya berlaku dengan terlaksananya undang-undang penceraian yang melibatkan salah seorang antara suami isteri yang bukan islam memilih untuk memeluk islam. Secara umum saya terjemahkan, jika pada keadaan yang selalu terjadi, si bapa memeluk islam sedangkan si ibu masih mahu terus tetap didalam kepercayaan asal, maka si bapa tidak berhak menjaga, mengislamkan malah boleh diarah supaya tidak langsung berjumpa dengan anaknya kerana bimbang akan mempengaruhi anak itu kepada islam. Dalam ertikata lain, kabinet Malaysia meWAJIBkan anak tadi untuk terus tinggal dalam kekafiran dan sebarang usaha untuk membawa, mendidik atau mempengaruhi anak itu kepada islam oleh si bapa tadi adalah satu kesalahan selagi anak itu dibawah 18 tahun.

Dalam pada itu Nazri Aziz sewaktu mengulas keputusan kabinet berkata:

"We would like to hear from the public, if they feel there are loopholes. We welcome feedback. It cannot be resolved by the government alone. As the prime minister said, the era where the government knows everything has ended."

Apakah yang dimaksudkan sebagai "loopholes" oleh Nazri? Adakah dia bertanyakan jika ada lagi cara yang tidak terlihat yang membolehkan si bapa mengislamkan anaknya supaya boleh disumbat padu agar anak itu tetap tinggal dalam kekafiran? Nazri juga mengaku bahawa era kerajaan berlagak tahu sudah berakhir, oleh itu saya benar-benar berharap agar pihak Nazri atau kerajaan sudahpun merujuk kepada sekalian mufti dan alim ulamak sebelum keputusan sedemikan dibuat mereka.

Keputusan kabinet ini dibuat berikutan kontraversi di Perak yang melibatkan sebuah keluarga india. Si bapa telah memilih untuk memeluk islam dan kemudiannya telah mengislamkan tiga orang anaknya yang berada dibawah jagaan si ibu yang mahu kekal hindu.

Hujah Nazri:
"The cabinet feels there is an implied and constructive contract between husband and wife that their children should be brought up in accordance with the common religion at the time of marriage or whatever religion they had agreed their offspring should practise (at the time of marriage),"

Dari kaca mata kerajaan Malaysia oleh kerana pasangan itu adalah Hindu pada awal perkhawinan, maka adalah WAJIB sianak itu membesar sebagai Hindu dahulu. Oleh yang demikian seorang Menteri Hal Ehwal Islam dari Jabatan Perdana Menteri telah dihantar untuk menasihati si bapa dan berjumpa dengan pihak yang bersangkutan untuk membiarkan anak-anak itu hidup sebagai kafir selari dengan keputusan kabinet. "Kita akan memastikan menteri itu memulangkan anak-anak itu kepangkuan ibu mereka", tambah Nazri.

Melucukan apabila Nazri berkata:
"The cabinet was of the view that conversion should come with responsibility (and cited two reasons).
"The first is to protect the innocent party from being treated unfairly and victimised. The second is to protect the new religion of the person who converted to the new faith or in this case, Islam."
"Religion should not be used as a tool to allow a party to a marriage to run away from his or her responsibility as husband or wife".

Maka disini, saya mengishtiharkan bawaha walaupun saya adalah rakyat jati negara ini saya sama sekali tidak bersetuju dan tidak mahu terlibat langsung dengan kebodohan pihak kerajaan negara kali ini. Walaupun saya bukanlah dibesarkan dalam lingkungan aliran agama, namun saya berasa terpanggil untuk menyentuh beberapa implikasi yang bakal timbul dengan keputusan kabinet kali ini.

1. Keputusan kabinet ini adalah memihak kepada salah satu tuntunan dari beberapa banyak tuntutan pihak IFC (juga dikenali sebagai KUMPULAN ARTIKEL 11) digagaskan pertubuhannya oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, and Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundangan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Perkara ke 6 adalah dipetik Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak. Kelak pasti akan timbul tuntutan apabila si suami isteri mahu memeluk islam, mereka mungkin akan kehilangan hak penjagaan anak mereka kerana ditentang oleh datuk nenek atau kaum keluarga suami isteri tersebut dengan alasan anak-anak itu masih kecil dan dilahirkan diluar islam oleh itu adalah menjadi keWAJIBan untuk mereka membesar dalam kekafiran.

2. Tentu akan timbul kegusaran dihati seseorang yang ingin memeluk islam kerana pasti akan kehilagan hak jagaan anak, seperti yang digariskan oleh kabinet.
Ini adalah lebih membanyakkan lagi halagan yang sememangnya banyak pada mereka yang ingin memeluk islam. Sebaliknya kerajaan sebuah negara yang diwar-warkan sebagai negara islam seharusnya membantu dan memudahkan lagi proses untuk seseorang memeluk islam.

3. Seorang individu yang sudah berakal atau baligh yang ingin memeluk islam akan juga menghadapi masalah kerana mereka terkongkong oleh undang-undang yang mewajibkan mereka membesar didalam kekafiran. Jika kita lihat sejarah Nabi, tidak sedikit kita dapati antara sahabat-sahabat yang memeluk islam dalam usia belasan tahun.

4. Sebagai seorang bapa yang mengaku beragama islam, pihak yang terlibat didalam keputusan kabinet seharusnya biasa mendengar suruhan Allah pada Surah Al-Tahrim ayat 6, yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, selamatkanlah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu". Adakah seorang yang baru memeluk islam tidak terlibat dengan suruhan Allah ini? Seseorang yang telah memeluk islam itu sudah pasti mendapat gelaran "orang-orang yang beriman" malahan keimanan mereka mungkin lebih tinggi jika dibandingkan dengan kita yang sudah bertahun mengaku beriman, terpulanglah pada menteri-menteri didalam kabinet untuk mengikut suruhan Allah seperti yang ada didalam Quran atau tidak, tetapi janganlah menyusahkan orang lain yang hendak menuruti perintah Allah.

5. Setiap orang yang beriman harus mempunyai cita-cita untuk berdakwah atau mengajak orang lain kepada islam. Dalam konteks sebagai seorang ketua keluarga yang bertanggung jawab, sudah tentu si bapa akan terpanggil untuk menjaga kebajikan ahli keluarga seluruhnya seperti yang diingatkan oleh Nazri sendiri. Oleh yang demikian semestinyalah membawa anak-anak kepada islam itu adalah kewajipan dan tanggung jawab paling utama untuk si bapa, jelas dengan keputusan kabinet ini adalah berlawanan dari segi tabi'i manusia, menentang perintah Allah dan memberi ruang kepada kemenangan dipihak kafir yang pasti akan diambil kesempatan oleh mereka untuk agenda lain selepas ini.

6. Keputusan kabinet ini juga telah menidakkan dan menjatuhkan kekuasaan Syariah di Malaysia. Oleh kerana saya bukanlah dari gologan pengamal undang-undang, adalah lebih baik saya mengambil jalan selamat untuk tidak menyentuh lebih dalam bersangkutan ini, tetapi saya yakin dan pasti undang-undang berkenaan masalah ini telah termaktub dan tidak seharusnya mahkamah sivil mengatasi mahkamah syariah apabila menyentuh tentang islam. Ini kerana islam adalah agama lengkap yang mempunyai undang-undang tersendiri, sedangkan agama lain hanyalah menumpang kepada undang-undang sivil buatan manusia. Tidak keterlaluan saya katakan jika permasalahan adalah bersangkutan dengan agama, maka bawalah ia ke mahkamah "agama" kamu tapi sayang agama kamu tidak lengkap, maka terpaksa menggunakan mahkamah sivil, manakah lebih berhak, adakah sivil atau agama yang datang dari Allah?

Demikan implikasi yang dapat saya bayangkan dari keputusan songsang kabinet Malaysia ini, semoga Allah memberi hidayat tidak mendatangkan bala pada mereka yang terlibat, dan semoga Allah lebih-lebih lagi tidak mendatangkan musibah pada mereka yang tidak terlibat seperti saya, kerana sememangnya bala Allah itu terjatuh secara keseluruhan pada yang berdosa atau yang tidak tetapi tidak menegah.

Saya cuma lah seorang awam yang teramat risau dan sedih memikirkan nasib bakal saudar-saudar baru saya yang kian susah dan terus disusahkan, semoga Allah memberikan kekuatan pada kalian untuk terus mendapat hidayah dalam kebodohan orang-orang melayu Malaysia.

TuanTaip
PUTRAJAYA

Tuesday, December 2, 2008

Korban dan puasa arafah

Assalamualaikum...

> Those who listen to the Word, and follow the best (meaning)
> in it:
> those are the ones whom Allah has guided, and those are the
> ones
> endued with understanding. Az-Zumar 39:18

> 1. Apakah hukum dan pentingnya korban terhadap individu?

Adapun dasar Korban sebelum ijmak adalah firman Allah, bermaksud:
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu; dan berkorbanlah." Al-Kautsar:2
Menjuruskan kepada wajib nya solat dan berkorban. Mungkin pada gologan anti hadis, seharusnya dia berkorban setiap tahun, selari dengan suruhan Allah untuk mendirikan solat dan berkorban.

Secara jelas ayat quran memberi satu arahan untuk kita solat dan berkorban, maka apakah dalil kita yang secara semborono mengatakan ianya sekadar sunat, buat- dapat pahala, tak buat- tak apa, tanpa ada sandaran dan dalil? Maka disinilah sebabnya angah mengajak kita bermuzakarah.

Pengakuan yang menyatakan korban itu wajib, tertolak oleh sunat adalah kerana Hadis At-Tirmizi, Nabi s.a.w bersabda;
"Saya disuruh menyembelih korban, dan korban itu sunat bagi kamu."

Begitu juga Hadis Ad-Daruquthni;
"Diwajibkan kepadaku berkorban, dan tidak wajib atas kamu."

Jelas dalil yang ada dari quran seolah-olah wajib, namun Nabi s.a.w menjelaskan ianya sunat. Ini menunjukkan bahawa sungguh pun korban sunat tetapi ia teramat dituntut atas setiap muslimin dan muslimat.

Imam Malik r.a berpendapat ianya wajib, Abu Hanifah r.a mengatakan wajib korban atas orang yang bermukim di negeri yang kaya lagi berkemampuan.
Sedang dalam satu aliran Shafie meletakkan korban sebagai sunat khifayah. Sebagai contoh, didalam setiap keluarga memadai korban dilakukan oleh seorang, begitu juga dalam satu taman perumahan, kampung, bandar hatta tidak salah seseorang pemimpin melakukan korban untuk hamba rakyatnya. Berbeza dengan Fardu Kifayah, jika dibuat terlepas dosa dan jika tinggal semua mendapat dosa,- Sunat Kifayah, jika dibuat mendapat pahala dan jika tinggal tidak mendapat dosa tetapi mendapat cela.

Pantasnya pada mereka yang berkemampuan, ibadah korban sebenarnya adalah teramatttt dituntut, setidak-tidaknya dilakukan oleh seorang dari satu-satu keluarga. Kita juga boleh melakukan korban untuk orang lain, sebagai contoh anak melakukan korban atas nama ayah sebagai "hadiah" dengan itu juga dapat melepaskan hukum sunat kifayah atas keluarga siayah jika anak tadi masih belum berkeluarga. Jika anak itu sudah berkeluarga, boleh lah dia menyuruh lain-lain anggota keluarga melakukan korban, contohnya si isteri melakukan korban sebagai melepaskan sunat kifayah pada semua anggota keluarganya.

Cuma perlu diingat, melakukan korban atas nama ayah dan keatas oleh seorang anak, perlu mendapat izin penama, sebaliknya melakukan korban untuk anak dan kebawah tidak perlu mendapat izin mereka.

Wallhua'lam

> 2. Adakah puasa sebelum hari raya haji, jika ada bila?

Dipetik dari Fikh Sunnah- (Syed Sabiq bab puasa Arafah, Jilid 5 m/s 187 edisi melayu Victory Agencie.)

Rasullullah TIDAK berpuasa pada hari Arafah. Baginda pernah mengatakan Hari Wukuf, Hari Nahar dan hari Tasyriq adalah hari raya, dan ia adalah hari makan minum.

Pun begitu, terdapat pula anjuran baginda kepada umat islam untuk berpuasa pada hari arafah. Kebanyakan ulamak mengambil alasan sebagai berbukanya pada hari arafah adalah khas untuk orang yang mengerjakan haji, hikmahnya ialah untuk kuat berdoa dan berzikir, sedangkan pada orang yang tidak menunaikan haji, adalah dianjurkan berpuasa pada hari itu.

Antara fadhilatnya;
Ditanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung puasa pada hari Arafah, maka
Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas”. Riwayat Muslim


Anjuran berpuasa ini adalah untuk hari arafah, juga dikenali sebagai hari wukuf yang bertarikh 9 zulhijjah ie, sehari sebelum hari Nahar aka Hari Raya id Adha, aka 10 zulhijjah.


> 3. Mengapa ada yang tidak suka kita berpuasa sehari sebelum
> hari raya
> haji pada tahun lepas, adakah tahun ini tidak boleh juga?

Senario tahun lepas, majlis fatwa Malaysia telah menetapkan bahawa tarikh penentuan masuknya Zulhijjah adalah dengan melihat hilal. Seperti kebiasaan anak bulan telah tidak kelihatan pada 29 zulkaedah oleh itu kita perlu melengkapkan bilangan hari bulan kepada 30hari, sedangkan kerajaan Saudi telah menetapkan 1hb Zulhijjah sebelum nya lagi. Maka terjadilah keadaan kita telah lewat 1 hari. Natijah kepada keadaan ini, hari arafah atau wukuf yang berlangsung pada 9 zulhijjah di saudi adalah bersamaan dengan 8 zulhijjah di Malaysia (kerana tidak nampak hilal pada petang 29hb Zulkaedah yang lalu). Oleh itu, 9 zulhijjah di Malaysia sebenarnya adalah Hari Raya di Saudi. Inilah yang dipertikaikan orang.

Setelah diselidiki dan dikaji, angah dapati terdapat dua pendapat dalam masalah ini. Ianya bersangkutan dengan hadis “AL-HAJJ ARAFAH”
dan IBADAT PUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH.

Muzakarah jawatankuasa fatwa kali ke 30 pada 20hb ogos 1992 menggariskan;
"Kaedah penetapan Aidil Adha di Malaysia yang berdasarkan tarikh hari wukuf di Arafah dipinda kepada kaedah rukyah anak bulan Zulhijah kerana kaedah rukyah anak bulan Zulhijjah lebih sesuai diamalkan di negara ini".

Mufti Johor Dato’ Haji Nooh bin Gadut mengutarakan satu pekeliling menegaskan kebenaran untuk berpuasa pada 9 Zulhijjah untuk kita yang tidak mengerjakan Haji dan berada diluar negara Saudi, dengan hujah yang panjang lebar, tanpa mengira bila hari wukuf di Arafah. Ringkasnya sunat berpuasa itu ialah berpuasa pada 9 zulhijjah. Oleh itu jika kita telah terlewat satu hari kerana tidak nampak hilal, maka berpuasalah pada 9 Zulhijjah tempat itu. Beliau juga menegaskan bahawa "Tindakan menyambut Idul Adha tidak mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak pemerintah adalah menyalahi Fasal 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syar’iyyah 1997 Negeri Johor dan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit (RM3000.00) atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. (heheh dahsyat...)


Segologan yang lain pula berpegang secara rigid (dan ada kebenarannya pendapat ini) iaitu, yang disuruh berpuasa itu adalah pada hari wukuf. Wukuf itu hanya berlaku di Arafah, dan hanya satu Arafah sahaja dalam dunia ini, maka hari Arafah itulah yang perlu kita ikut. Maknanya jika hari wukuf itu hari Ahad, seperti tahun ini, maka hari Ahad lah kita puasa. Bukan lagi mengikut tarikh falak. Iaitu sekiranya tahun lepas wukuf adalah pada hari Rabu, sedangkn kita masih 8 zulhijjah, maka berpuasalah kerana kita berpuasa sempena hari wukuf, sedangkan 9 zulhijjah dimalaysia adalah sebagai hari syak- haram berpuasa.


Kesimpulan penghujahan angah, berkorbanlah jika mampu, mampu bukan bermaksud jika ada lebih budget, kerana dikatakan berkorban itu terlebih baik dari pada benda yang paling diperlukan disaat memerlukan...angah sendiri pun tak pernah buat lagi. Berkorbanlah semoga kita terlepas sunat kifayah dan dapat menaikkan syiar islam.

Berpuasalah pada hari ahad mendatang ini, kerana tidak seperti tahun lepas, tahun ini kita boleh berpuasa tanpa ada khilaf atau syak.

WallhuA'lam

Tuesday, November 18, 2008

Yoga

Assalamualaikum wbrkth.
Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.

Lewat beberapa minggu yang lalu Cik Kiah ada usulkan topik Yoga. Sewaktu itu angah masih berada di Dubai, dan justru persoalan yang dibawa angah secara peribadi lebih berat kepada usul fikh bahawa segala cara itu harus selagi tiada pengharaman syarak.
Hanya sewaktu dalam pesawat ke KLIA baru angah dapat baca surat khabar dan fahamlah akan perkara yang sebenarnya "bergelora" melanda Malaysia. Turutan daripada itu, kononnya fatwa tentang Yoga akan keluarkan dengan kadar segera iaitu sepatutnya pada Jumaat 7hb November kalau tak salah, dan kini setelah hampir tiga minggu sejak sensasi ini keluar, majlis fatwa terus membungkem.

Dalam tempoh masa itu juga angah telah meneliti lebih detail tentang topik ini, maka setelah ditimbang cara dengan segala bahan rujuk yang termampu angah capai yang tentunya terbatas, ingin angah merubah pendirian kepada "seeloknya jangan lah berYoga". (Kalau diberi kuasa kepada diri angah, boleh lah dibaca sebagai Haram beryoga).

Berikut adalah penghujahan saya.

1. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkis bahawa Yoga itu berasal dari agama hindu. Lantas segala jurus dan pernafasan adalah turutan dan urutan falsafah dalam Veda dan segala kitab hindu terutama dari Upanishads danPuranas.

2. Orang hindu amat berbangga dengan Yoga mereka, kebanggan yang membawa kepada ketaksuban Yoga came from the devine force. Satu tahap "ketenangan jiwa" yang mampu dicapai oleh seluruh manusia dan tidak terikat dengan mana-mana agama teknik yang pada orang hindu dicipta oleh mereka.

3. Angah lebih tertekan apabila terbaca diruang pendapat pembaca star dan NST, rata-rata orang islam menghentam pengharaman Yoga, sebelum Yoga itu diharamkan. Ada yang terlalu sombong hingga terserlah kebodohannya sanggup menulis "Yoga help me to be more "KUSYUK" in my solah". Fikiran orang jahil agama ini telah menggambarkan seolah-olah Nabi s.a.w telah salah ajar atau tidak tahu ajar cara-cara bersolat sepatutnya kepada kita. Ternyata yoga dalam solat adalah bidah yang sesat dan menjurus kepada neraka in express way...semoga hamba Allah itu sempat bertaubat.

4. Setelah dibuat penelitian barulah angah sedar bahawa majlis fatwa Mesir adalah antara badan yang mula-mula mengeluarkan fatwa haramnya yoga.Asasnya : Setiap sesuatu jenis "sukan" adalah halal asalkan ianya tidakmengandungi unsur kemungkaran. Merujuk kepada YOGA pula, ia mengandungi unsur peribadatan dan pendisplinan rohaniah yang ada kaitan dengan keugamaan dan justeru itu ulamak-ulamak Islam seperti Al-Syeikh Yusof Al-Qaradhawi memfatwakan ianya HARAM. Diberitakan bahawa dahulu negara Mesir terdiri dari 99% islam dan 1% kristian kini telah lahir bibit-bibit generasi muda yang cenderung kepada hindu.

5. Dari Majlis Ugama Islam Singapura:"Mengenai hukum Yoga, kebaikan yang ada adalah sedikit iaitu berupa senamanberbanding dengan keburukan yang ada yang lebih besar yang berupa syubhah ibadah yang boleh menjejaskan kepercayaan dan keimanan individu Islam. Seseorang itu perlu ingat bahawa terdapat banyak lagi cara-cara lain sebagai senaman yang boleh digunakan yang tidak kurang kesan kesihatannya jika dibandingkan dengan senaman Yoga. Sebagai yang dijelaskan dalam kaedah Fiqh, menolak keburukan adalah diutamakan daripada menarik kebaikan?

Setelah diteliti dan dihalusi, ternyata Yoga itu adalah satu "senaman" yang halus dan lembut. Oleh yang demikan teramat mudah jika mahu, segala unsur kehinduan dapat disebarkan tanpa disedari oleh pengamalnya sendiri. Apalagi jika ketika itu sedang mengalami keadaan "minda separa sedar" walau tidak sampai ketahap "bersawai".

Menyentuh perkataan "minda separa sedar" keadaan seperti ini jugalah yang menjadi "gula-gula" kepada pengamal sesetengah aliran tasawuf dalam ratib dan suluk yang difatwakan sesat. "Ketulenan" jatidiri semulajadi untuk menjadi insan kamil tanpa sandaran Islam mampu menjadikan Yoga sebagai wadah atau alat serangan saraf yang amat berkesan terhadap umat islam yang lemah akidah dan tauhid nya, keadaan ini amat merbahayakan.

Mungkin ramai yang beralasan bahawa "saya hanya bersenam, akidah dan iman saya tetap". Syukurlah buat masa ini tuan dan puan masih mantap, tetapi soalnya sampai bila dan bagaimana dengan orang lain yang mungkin telah terhakis sedikit demi sedikit imanya?

Setidak-tidak dan "sekecil-kecil" keburukan pasti akan sabit jika masih mengamalkan Yoga adalah berdasarkan hadis Nabi dibawah ini,
Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya) ".. Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk dari kalangan mereka." –Hadis riwayat Imam Abu Daud (Kitab al-Libaas, hadis no.3512) dan Imam Ahmad (Musnad al-Muktsirin minal-Sahabah, hadis no.4878)

Soalnya sekarang, mengapa pihak majlis fatwa tertunda-tunda dari mengeluarkan fatwanya? Mungkin juga Pak Mufti telah pun mencapai kata sepakat tetapi ada "kuasa-kuasa" yang mengarahkan fatwa yang sebenar dari tersebar.
Apapun angah tidak heran jika yoga masih berleluasan walaupun (jika) majils fatwa sealiran dengan pendapat yang mengharamkan yoga, kerana begitulah Malaysia, fatwa dan syariah hanya lah sekadar simbolik negara islam, hakikatnya kehidupan dan kejahilan telah kian bersatu sebagai simbiosis menuju kehancuran.

PERINGATAN: Penulis hanya melahirkan pandangan dari pembacaan dan kajian rambang yang tidak formal. Ianya adalah pendapat peribadi semata-mata tanpa landas ilmu agama yang formal. Penulis adalah anak didik sistem pelajaran sekular 100%. Bertanyalah kepada yang layak.

WallhuA'lam
tuantaip@blogspot.com

Tuesday, November 11, 2008

Umrah 2008

Ini kali pertama aku ke Jeddah untuk tahun ini. Telah sekalian kali aku memohon, tapi baru ini lah aku diterima melawat oleh Allah yang esa. Mungkin lawatan terakhir aku ke kota Mekah tidak begitu "disukai" oleh Nya. Aku pasrah dan menyesal. Secara jujur aku katakan, memang lawatan terakhir ku ke Kota Mekah tahun lalu sungguh mendukacitakan. Namun kali ini aku berazam tidak akan lagi mengulangi laku yang sedemikan.

Pesawat tiba agak lewat kali ini. Maghrib masuk sewaktu kami meninggalkan ruang udara Bombay menghala ke Oman. Sebaik sahaja kami dapat berhubung dengan pihak Muscat, aku terus kebelakang untuk bersolat maghrib. Aku fikir biar aku selesaikan semua solat ku sebelum mendarat, tentu urusan aku ke Mekah menjadi lebih mudah.

Kira-kira 45mint sebelum mendarat, pesawat melepasi kawasan miqat ihram. Disini menandakan bermulanya ihram seorang hamba dalam niat berumrah. Tapi sekali lagi aku masih tidak mampu berihram, apa pun ini semua kerana tugas, dan kerana tugas juga aku akan menjejakkan kaki di tanah keramat ini.

Shore pass telah pun didapati dan seperti biasa passport ku terpaksa diserahkan kepada pihak Saudi. Aku tak banyak soal, melainkan terus mengikut arahan bodah dan berubah-ubah pihak berkuasa Saudi. Niat ku hanya satu, untuk ke Mekah malam ini juga.

Ihdinossiro tulmustaqim fil fonduk..kata ku kepada pemandu bas sembil aku duduk disebelahnya. .. Ketawa besar pak arab itu. Aiwa!! katanya...Yallah...yallah...kata ku. Segala perbualan aku dengan pemandu bas itu nampak rancak tetapi hakikatnya seperti itik dengan ayam. Yang lain didalam bas hanya tergamam mungkin heran kerana menyangka aku benar-benar berinteraksi dengan pak arab itu.

Sesampai di hotel, aku terus betanya tentang kain ihram, dukacita sekali lagi.."we have no ihram for tonight sir" terdengar suara pihak house keeping. Sekali lagi aku terpaksa menyabung nyawa menyeberangi jalan didepan hotel untuk kekedai runcit bagi mendapatkan kain ihram.

Tangguh dulu...nanti sambung...

Wednesday, October 15, 2008

Mengenali sempadan Adat dan Ibadat dalam kematian

Ramadhan telah pun berlalu pergi... Episod kehidupan yang berterusan ini, membuat diri betul-betul tidak sedar akan usia yang kian tamat. Tersurat akan kisah kehidupan ku tahun ini, Ramadhan nya bermula dengan kematian dan akhirnya juga dengan kematian. Oleh itu, alhamdulillah telah sedikit sebanyak membuka mata ku tentang adat dan ibadat dalam menghadapi babak-babak kematian. Untuk memudahkan point dan turutan peristiwa, biar ku tulis segalanya satu persatu.

1. Pertama-tama perkara selepas jenazah menghembuskan nafas terakhir, perlulah kita bantu jika perlu dan pastikan mata jenazah telah tertutup. Rapatkan mulut jenazah dan jika perlu diikat dagu dan kepala untuk merapatkan mulut jenazah. Ada juga sesetengah orang akan menyuruh disapukan sendi-sendi jenazah dengan minyak, guna untuk memudahkan dan melembutkan sendi untuk dilentur dan dibetulkan anggota kepada posisi yang dihajati. Perbuatan ini juga adalah bertujuan untuk memudahkan urusan memandikan jenazah nanti. - semua perbuatan ini adalah termaktub dalam istilah menghormati jenazah.

2. Akan ada suara-suara yang menyuruh untuk meletakkan jenazah secara melunjur dengan kaki kearah kiblat. Sebenarnya tindakan ini bukan lah berlandaskan ilmu agama, tetapi lebih kepada adat dan logik akal. Hujah yang diberi adalah posisi begini, (jika boleh kita gambarkan) sebagai posisi yang jika diseru maka jenazah akan bengun terus mengadap kiblat. Peliknya ramai orang kita yang begitu sensitif untuk melunjurkan kaki kearah kiblat dengan alasan "tak baik", hatta posisi katil pun kadang-kadang menjadi isu dalam bilik tudur. Melalui pengalaman dan penelitian saya sendiri, di Masjidil Haram ramai orang yang tak kira bangsa melunjurkan kaki kearah kiblat. Berbalik kepada point kedua ini, tidaklah menjadi isu kearah mana jenazah perlu diletak, kerana ianya tidak tersebut dalam kitab agama. Maka itu, jangan lah menjadikan perkara remeh ini alasan untuk bertikam lidah disamping jenazah.

3. Mandi Gabah atau Mandi Gabas. Ianya juga satu istilah yang tidak terjumpa dalam kitab fikah yang pernah saya baca.(Pun begitu, perlu saya tekankan bahawa tidak lah banyak mana pun kitab fikah yang saya sudah baca, dan jika ada tercatit dimana-mana harap dapat kongsi bersama). Mandi Gabas adalah satu proses untuk membersihkan jenazah. Ianya adalah selari dengan istilah menghormati jenazah, kerana jika jenazah itu masih najis ianya seolah-olah diabaikan oleh ahli keluarga atau orang sekeliling, kerana kita semua tidak mahu lama menanggung najis, begitulah juga sifatnya atas jenazah. Jenazah boleh menaggung najis disebabkan air kencing atau najis yang keluar sewaktu nazak, apabila tercabut nyawa dan juga setelah beberapa ketika kematian. Ini berlaku kerana begitulah peritnya apabila nyawa tercabut dan juga disebabkan sistem badan yang telah tidak berfungsi lagi. Sebetulnya proses ini tidak perlulah dilaksanakan mandi seperti "mandi" yang kita fahami. Ini kerana ianya akan membebankan orang hidup disamping dibimbangi "menyakitkan" jenazah, walaupun mungkin akan ada suara-suara yang berkeras mahu dilakukan mandi yang sebenar. Sebaliknya ianya cukup dengan membersihkan kedua jalan keluar najis jenazah dengan air, kain basah atau wipes sahaja untuk menghilangkan zahir najis.

4. Menutup atau menterbalikkan gambar-gambar makhluk juga cermin-cermin yang digantung atau yang terdapat didalam rumah yang ada jenazah. Perbuatan menutup gambar-gambar makhluk, pada saya adalah perbuatan yang hipokrit dan tidak berasas sama sekali. Ianya juga tidak termaktub dalam kitab fikah malah lebih kepada adat dan logik orang dahulu kala. Perbuatan tanpa dalil dan penerangan ini sering disalah ertikan oleh orang ramai sebagai menghormati jenazah, malah ada yang berpendapat, takut-takut nanti roh simati memasuki gambar-gambar yang ada. Hujah yang paling kuat yang saya dapat sandarkan kepada islam adalah, sememangnya gambar-gambar makhluk tidak digalakkan malah diharamkan untuk digantung didinding-dinding rumah (bergantung kepada jenis gambar dan fahaman individu). Oleh itu, tidak lah manis disaat jenazah kelak akan disoal, jumahnya dipenuhi dengan bahan-bahan yang tidak disukai Nabi. Itulah sebabnya saya katakan, ianya adalah satu perbuatan hipokrit (baca munafik) seseorang yang menurunkan, menutup atau menterbalikkan gambar dirumah yang terdapat jenazah, tetapi membetulkan nya semula selepas jenazah selesai dikebumikan. Sebaiknya gambar-gambar tersebut tidak digantung terus. Bagi kes cermin pula, ianya satu lagi tindakan adat yang tak berasas malah boleh membawa fahaman karut akan mengapa cermin perlu diterbalikkan selagi jenazah berada didalam rumah. Pendapat liar ini terus menular dizaman moden ini hinggakan pernah saya terjumpa, peti TV juga ditutupi dengan kain batik. Ianya ternyata dan jelas pendapat yang tak berasas.

5. Dibakar kemiyan atau bau-bauan. Tidakkan ini ada baiknya malah bergantung kepada keadaan jenazah mungkin ianya amat-amat baik. Ini kerana kadang-kadang ada jenazah yang berbau, seperti mana juga manusia hidup ada bau badannya. Kadang-kadang bau yang ada adalah sedikit hamis dan sedikit meloyakan, dengan adanya bau keminyan atau bau-bauan ini insyaAllah dapat memberi sedikit keselesaan pada yang hidup dan dapat juga menutup aib simati. Tetapi amat malang pula, masyarakat kita telah diracuni akan bau keminyan dengan cerita-cerita seram atau pemujaan, tetapi ketahuilah hakikat asalnya untuk kebaikkan.

6. Bacaan ayat quran disisi jenazah. Ada pendapat yang mengatakan elok jika dapat dikahatamkan sebuah Quran disisi jenazah, malah ada pula yang sambung menyambung apabila berganti pembaca . Hakikatnya bacalah apa-apa surah atau ayat disisi jenazah semoga ada kebaikkan keatas jenazah mahupun orang yang membaca itu sendiri. Tidak perlulah dicipta satu kemestian kifiyat bacaan quran untuk jenazah kerana bimbang akan disangka ajaran Nabi oleh orang ramai.

Sekian buat masa ini...ada sambungannya...jari dah letih nak taip.

Friday, September 26, 2008

Perancangan Tuhan

Hati ku benar-benar resah. Pesawat aku pasti akan lambat tiba di KLIA. Bagaimana perancangan yang sudah dibuat? Pasti tetamu ku akan berbuka dirumah ku tanpa kehadiran aku. Frust betul kalau sesuatu benda yang kita dah plan elok-elok, terancam oleh sesuatu perkara yang sememangnya luar kalawan kita.
Akhirnya pesawat aku bersedia. Semua sistem dan dokumen telah lengkap, akhirnya pesawat meluncur laju dan terbang kira-kira 55 minit lewat dari jadual asal. Kini aku pasrah, congakkan ku, Kunming yang jauhnya kira-kira 3jam setengah perjalanan ke Kuala Lumpur, dah tentu aku akan tiba pada pukul 6:30 petang paling awal. Kalau nak kejar ERL 6:50 teramat lah mustahil.

Aku tiba lewat, tanpa menunggu lama, aku terus keluar pesawat untuk proses imigeresen. Pada hati ku berkata, "sudah lah...tak perlu terkejar-kejar lagi. Memang plan dah hancurrr."
Aku menjeling kearah jam besar yang ada. Kira-kira 5minit lagi untuk berbuka. Dalam beg ku hanya ada sebotol air mineral dari China, aku perlu mencari sedikit tamar, untuk mendapat sunnah. Untung ada Bazar Ramadhan KLIA, kedai pertamanya menjual kurma.

Kurma yang ada hanyalah dijual secara kotak, dan yang paling murah berharga RM10.60. Mak datuk mahalnya kurma KLIA ni. Setelah diteliti aku rasa, nak tak nak, terpaksa juga aku beli kurma kotak yang mencekik darah itu.

Aku meninjau sekeliling . Terlihat aku kepada susuk tubuh seorang tua yang sedang duduk tunduk disatu sudut. Serban yang dililit rapi dengan baju biru nampak jelas ketokohan seorang muslim. Aku menghampiri orang tua itu lalu memberi salam.

"Assalamualaikum Haji", kata ku. Dia menjawab salam ku.
Sambil menghulur tangan, aku berkata "Mari kita berbuka sama".
"Alhamdulillah.."kata orang tua itu.
"Saya sebetulnya tak tahu apa nak berbuka dekat sini, saya tak biasa. Saya serah saja pada Allah". Jernih muka orang tua itu.
"Tak pe lah Haji, kita makan apa yang ada". Jawab saya sambil membuka pembungkus plastik kota kurma tadi.
"Allah telah hantar Tuan kepada saya dan tuan akan dapat pahala sama seperti pahala puasa saya tanpa mengurangkan sedikit pun pahala saya", tambah orang tua itu lagi.
Terfikir saya betapa ralatnya saya kerana pada tahun ini, tidak seperti tahun-tahun yang lalu, saya tidak sempat menghadiahkan kurma pada guru-guru agama saya.
"InsyaAllah" jawab saya ringkas. "Seminit lagi berbuka" tambah saya.

Waktu maghrib pun tiba, kami berbuka kurma sahaja. Saya memberi orang tua itu botol air mineral yang ada dan menyuruh nya minum kerana gelas tidak ada lagi pun rumah saya tidak begitu jauh lagi.

Masa terlalu pantas berjalan, saya harus pergi. ERL akan berangkat jam 720mlm dan saya tidak mahu terlepas kerana tetamu pasti menunggu dirumah. Saya minta diri dan bersalaman dengan orang tua itu. Entah mengapa, hati saya benar-benar ingin bertemu lagi dengan orang tua itu, lalu saya meminta izin untuk menghubungi nya lagi dilain waktu, tetapi masalahnya bagai mana cara saya.....(masuk waktu asar)...bersambung