Thursday, September 4, 2008

Nilai zakat Fitrah

Ditanya kenapa nilai zakat fitrah itu berbeza-beza antara negeri? Ada yang kata nampaknya macam ada negeri-negeri yang "slack" infation naik, sebab tu harga zakat naik.

Ini hujah ku...

Assalamualaikum..

Pertama sekali, terima kasih atas info ini. Sekali pandang memang boleh disangsikan, dan lumrahlah pulak jika yang "pelik" itu kena kepada negeri tertentu, mesti akan diapi-apikan lagi.

Adapun kadar zakat fitrah ini pada asalnya bersandarkan kepada Hadis:-
Diriwayatkan dari Ibnu Umar t.ia berkata : Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah dari bulan Ramadhan satu sha' dari kurma, atau satu sha' dari sya'iir. atas seorang hamba, seorang merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslilmin. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim)

Satu Sha' kira-kira Satu Gantang.

Berdasarkan hadis tersebut maka para ulamak mentafsirkan bahawa:-
Nilai zakat fitrah ditetapkan oleh pemerintah agama (Ulul Amri) setiap negeri berdasarkan harga segantang beras (2.6 kg) /makanan ruji. Harga disini adalah berdasarkan pendapat mazhab Hanafi, sedangkan As-Shafie masih menetapkan bahawa yang perlu dikeluarkan adalah makanan itu sendiri bukan nilainya, bersesuaian dengan zahir hadis.

Jika dikira 1 cupak adalah 675 gram, maka 1 gantang adalah 2.7 Kg. Ambillah 2.7kg untuk lebih selamt dan jika lebih dikira sedekah.
Tidak perlulah kita hairankan tentang perbezaan nilai ini, kerana jika dihalusi, kita lihat kenapa Terengganu mempunyai julat nilai antara RM6 ke RM8 sedangkan nilai pada negeri lain adalah satu nilai sahaja. Begitu juga di Indonesia, seperti di Samarinda nilai zakat fitrahnya adalah Rps 12,000, Rps 15,000 dan Rps 20,000. Ini adalah bergantung kepada jenis beras seseorang individu atau kelompok itu makan. Dari logik nya tak kan penduduk Taman Tun atau Country Heights makan beras jenis sama dengan apa yang dimakan oleh penduduk kawasan daif?

Apa yang dapat kita perhatikan, tak seperti penduduk negeri lain, ramai warga Kelatan suka makan atau menjadikan beras siam sebagai makanan asasi. Harga beras siam ori ini pula tidak lah murah, dahulu rata-rata beras jenis ini adalah berharga RM3.5 lebih se kilogram(sekarang mungkin lebih tinggi). Beras jenis ini, jika dibeli di negeri sebelah selatan, mungkin boleh mencecah RM5 atau lebih sekilogram, oleh itu orang disebelah sini tidak mampu atau lebih berminat memakan beras lebih murah.

Maka itu bersesuaian dengan hadis tadi, jika nilai makanan ruji itu tinggi, maka tinggilah juga nilai zakat fitrah disitu. Sebagai contoh di Terengganu atau Samarinda, jika seorang itu sentiasa memakan beras mahal, dia sepatutnya mengeluarkan zakat fitrah nya berdasarkan nilai beras mahal, tidak sah jika dia hanya mengeluarakan zakat fitrah mengikut kadar beras murah. Pendeknya begini, jika hendak terlalu berkira, belilah 2.7kg jenis beras yang biasa anda guna, dan berikan lah kepada amil sebagai zakat fitrah, itu adalah lebih tepat dengan hadis.

Untuk negeri-negeri yang mempunyai hanya satu nilai zakat, ianya adalah satu anggaran harga purata beras yang ada, sebagai contoh saya biasa menggunakan beras biasa tempatan berharga RM2.80 se kilo. Darab 2.7, jawabnya RM7.56 maka jika nilai zakat fitrah dikeluarkan lebih sedikit dari itu, maka ianya tidak sah kerana tidak cukup nilai segantang!!

Mungkin ada yang berkata di Kelantan bukan semua orang kaya, nah ini contoh termudah, katakanlah di setiap negeri Kelantan hanya ada 5 orang penduduk, 3 orang guna beras siam, tentu harga beras siam diguna pakai. Di KL pula ada 10 orang dan 4 orang guna beras mahal, tentu nilai beras yang dikira adalah yang lebih murah.

Fikirkanlah dengan rasional, adakah nilai zakat fitrah sesetengah negeri itu cukup? Ingat dalam soal ini, biar lebih jangan kurang dan hitungan Allah adalah lebih tepat.

Pihak media sepatutnya menjelaskan kenapa ada perbezaan ini dan apakah hakikat disebalik harga nilai zakat fitrah, bukan menjadikan ia sebagai sentimen. Apa pun hanya Allah yang mengetahui tujuan sebenar tulisan mereka.

WallhuA'lam

Nota diri tuan taip

1 comment:

Tuan Taip said...

INFO: Kadar bayaran zakat mengikut negeri

JOHOR - 2007 RM5.00 manakala 2008 RM6.50.
KEDAH � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM7.00.
KELANTAN � 2007 RM4.80 manakala 2008 RM7.60.
MELAKA � 2007 RM4.70 manakala 2008 RM 6.30.
NEGERI SEMBILAN � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM6.50.
PULAU PINANG � RM5.00 untuk 2007 dan 2008.
PAHANG � 2007 RM4.80 manakala 2008 RM7.30.
PERAK � 2007 RM5.00 manakala 2008 RM7.00.
PERLIS � 2007 antara RM5.00 hingga RM6.00 manakala 2008 antara RM6.00 hingga RM7.00.
SABAH � 2007 RM5.20 manakala 2008 RM7.20.
SARAWAK � 2007 RM5.20 manakala 2008 RM7.50.
SELANGOR � RM5.20 untuk 2007 dan 2008.
TERENGGANU � 2007 antara RM4.80 hingga RM5.50 manakala 2008 antara RM6.00 hingga RM8.00.
WILAYAH PERSEKUTUAN � 2007 RM4.70 manakala 2008 RM5.20