Tuesday, December 2, 2008

Korban dan puasa arafah

Assalamualaikum...

> Those who listen to the Word, and follow the best (meaning)
> in it:
> those are the ones whom Allah has guided, and those are the
> ones
> endued with understanding. Az-Zumar 39:18

> 1. Apakah hukum dan pentingnya korban terhadap individu?

Adapun dasar Korban sebelum ijmak adalah firman Allah, bermaksud:
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu; dan berkorbanlah." Al-Kautsar:2
Menjuruskan kepada wajib nya solat dan berkorban. Mungkin pada gologan anti hadis, seharusnya dia berkorban setiap tahun, selari dengan suruhan Allah untuk mendirikan solat dan berkorban.

Secara jelas ayat quran memberi satu arahan untuk kita solat dan berkorban, maka apakah dalil kita yang secara semborono mengatakan ianya sekadar sunat, buat- dapat pahala, tak buat- tak apa, tanpa ada sandaran dan dalil? Maka disinilah sebabnya angah mengajak kita bermuzakarah.

Pengakuan yang menyatakan korban itu wajib, tertolak oleh sunat adalah kerana Hadis At-Tirmizi, Nabi s.a.w bersabda;
"Saya disuruh menyembelih korban, dan korban itu sunat bagi kamu."

Begitu juga Hadis Ad-Daruquthni;
"Diwajibkan kepadaku berkorban, dan tidak wajib atas kamu."

Jelas dalil yang ada dari quran seolah-olah wajib, namun Nabi s.a.w menjelaskan ianya sunat. Ini menunjukkan bahawa sungguh pun korban sunat tetapi ia teramat dituntut atas setiap muslimin dan muslimat.

Imam Malik r.a berpendapat ianya wajib, Abu Hanifah r.a mengatakan wajib korban atas orang yang bermukim di negeri yang kaya lagi berkemampuan.
Sedang dalam satu aliran Shafie meletakkan korban sebagai sunat khifayah. Sebagai contoh, didalam setiap keluarga memadai korban dilakukan oleh seorang, begitu juga dalam satu taman perumahan, kampung, bandar hatta tidak salah seseorang pemimpin melakukan korban untuk hamba rakyatnya. Berbeza dengan Fardu Kifayah, jika dibuat terlepas dosa dan jika tinggal semua mendapat dosa,- Sunat Kifayah, jika dibuat mendapat pahala dan jika tinggal tidak mendapat dosa tetapi mendapat cela.

Pantasnya pada mereka yang berkemampuan, ibadah korban sebenarnya adalah teramatttt dituntut, setidak-tidaknya dilakukan oleh seorang dari satu-satu keluarga. Kita juga boleh melakukan korban untuk orang lain, sebagai contoh anak melakukan korban atas nama ayah sebagai "hadiah" dengan itu juga dapat melepaskan hukum sunat kifayah atas keluarga siayah jika anak tadi masih belum berkeluarga. Jika anak itu sudah berkeluarga, boleh lah dia menyuruh lain-lain anggota keluarga melakukan korban, contohnya si isteri melakukan korban sebagai melepaskan sunat kifayah pada semua anggota keluarganya.

Cuma perlu diingat, melakukan korban atas nama ayah dan keatas oleh seorang anak, perlu mendapat izin penama, sebaliknya melakukan korban untuk anak dan kebawah tidak perlu mendapat izin mereka.

Wallhua'lam

> 2. Adakah puasa sebelum hari raya haji, jika ada bila?

Dipetik dari Fikh Sunnah- (Syed Sabiq bab puasa Arafah, Jilid 5 m/s 187 edisi melayu Victory Agencie.)

Rasullullah TIDAK berpuasa pada hari Arafah. Baginda pernah mengatakan Hari Wukuf, Hari Nahar dan hari Tasyriq adalah hari raya, dan ia adalah hari makan minum.

Pun begitu, terdapat pula anjuran baginda kepada umat islam untuk berpuasa pada hari arafah. Kebanyakan ulamak mengambil alasan sebagai berbukanya pada hari arafah adalah khas untuk orang yang mengerjakan haji, hikmahnya ialah untuk kuat berdoa dan berzikir, sedangkan pada orang yang tidak menunaikan haji, adalah dianjurkan berpuasa pada hari itu.

Antara fadhilatnya;
Ditanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung puasa pada hari Arafah, maka
Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas”. Riwayat Muslim


Anjuran berpuasa ini adalah untuk hari arafah, juga dikenali sebagai hari wukuf yang bertarikh 9 zulhijjah ie, sehari sebelum hari Nahar aka Hari Raya id Adha, aka 10 zulhijjah.


> 3. Mengapa ada yang tidak suka kita berpuasa sehari sebelum
> hari raya
> haji pada tahun lepas, adakah tahun ini tidak boleh juga?

Senario tahun lepas, majlis fatwa Malaysia telah menetapkan bahawa tarikh penentuan masuknya Zulhijjah adalah dengan melihat hilal. Seperti kebiasaan anak bulan telah tidak kelihatan pada 29 zulkaedah oleh itu kita perlu melengkapkan bilangan hari bulan kepada 30hari, sedangkan kerajaan Saudi telah menetapkan 1hb Zulhijjah sebelum nya lagi. Maka terjadilah keadaan kita telah lewat 1 hari. Natijah kepada keadaan ini, hari arafah atau wukuf yang berlangsung pada 9 zulhijjah di saudi adalah bersamaan dengan 8 zulhijjah di Malaysia (kerana tidak nampak hilal pada petang 29hb Zulkaedah yang lalu). Oleh itu, 9 zulhijjah di Malaysia sebenarnya adalah Hari Raya di Saudi. Inilah yang dipertikaikan orang.

Setelah diselidiki dan dikaji, angah dapati terdapat dua pendapat dalam masalah ini. Ianya bersangkutan dengan hadis “AL-HAJJ ARAFAH”
dan IBADAT PUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH.

Muzakarah jawatankuasa fatwa kali ke 30 pada 20hb ogos 1992 menggariskan;
"Kaedah penetapan Aidil Adha di Malaysia yang berdasarkan tarikh hari wukuf di Arafah dipinda kepada kaedah rukyah anak bulan Zulhijah kerana kaedah rukyah anak bulan Zulhijjah lebih sesuai diamalkan di negara ini".

Mufti Johor Dato’ Haji Nooh bin Gadut mengutarakan satu pekeliling menegaskan kebenaran untuk berpuasa pada 9 Zulhijjah untuk kita yang tidak mengerjakan Haji dan berada diluar negara Saudi, dengan hujah yang panjang lebar, tanpa mengira bila hari wukuf di Arafah. Ringkasnya sunat berpuasa itu ialah berpuasa pada 9 zulhijjah. Oleh itu jika kita telah terlewat satu hari kerana tidak nampak hilal, maka berpuasalah pada 9 Zulhijjah tempat itu. Beliau juga menegaskan bahawa "Tindakan menyambut Idul Adha tidak mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak pemerintah adalah menyalahi Fasal 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syar’iyyah 1997 Negeri Johor dan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit (RM3000.00) atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. (heheh dahsyat...)


Segologan yang lain pula berpegang secara rigid (dan ada kebenarannya pendapat ini) iaitu, yang disuruh berpuasa itu adalah pada hari wukuf. Wukuf itu hanya berlaku di Arafah, dan hanya satu Arafah sahaja dalam dunia ini, maka hari Arafah itulah yang perlu kita ikut. Maknanya jika hari wukuf itu hari Ahad, seperti tahun ini, maka hari Ahad lah kita puasa. Bukan lagi mengikut tarikh falak. Iaitu sekiranya tahun lepas wukuf adalah pada hari Rabu, sedangkn kita masih 8 zulhijjah, maka berpuasalah kerana kita berpuasa sempena hari wukuf, sedangkan 9 zulhijjah dimalaysia adalah sebagai hari syak- haram berpuasa.


Kesimpulan penghujahan angah, berkorbanlah jika mampu, mampu bukan bermaksud jika ada lebih budget, kerana dikatakan berkorban itu terlebih baik dari pada benda yang paling diperlukan disaat memerlukan...angah sendiri pun tak pernah buat lagi. Berkorbanlah semoga kita terlepas sunat kifayah dan dapat menaikkan syiar islam.

Berpuasalah pada hari ahad mendatang ini, kerana tidak seperti tahun lepas, tahun ini kita boleh berpuasa tanpa ada khilaf atau syak.

WallhuA'lam

Tuesday, November 18, 2008

Yoga

Assalamualaikum wbrkth.
Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.

Lewat beberapa minggu yang lalu Cik Kiah ada usulkan topik Yoga. Sewaktu itu angah masih berada di Dubai, dan justru persoalan yang dibawa angah secara peribadi lebih berat kepada usul fikh bahawa segala cara itu harus selagi tiada pengharaman syarak.
Hanya sewaktu dalam pesawat ke KLIA baru angah dapat baca surat khabar dan fahamlah akan perkara yang sebenarnya "bergelora" melanda Malaysia. Turutan daripada itu, kononnya fatwa tentang Yoga akan keluarkan dengan kadar segera iaitu sepatutnya pada Jumaat 7hb November kalau tak salah, dan kini setelah hampir tiga minggu sejak sensasi ini keluar, majlis fatwa terus membungkem.

Dalam tempoh masa itu juga angah telah meneliti lebih detail tentang topik ini, maka setelah ditimbang cara dengan segala bahan rujuk yang termampu angah capai yang tentunya terbatas, ingin angah merubah pendirian kepada "seeloknya jangan lah berYoga". (Kalau diberi kuasa kepada diri angah, boleh lah dibaca sebagai Haram beryoga).

Berikut adalah penghujahan saya.

1. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkis bahawa Yoga itu berasal dari agama hindu. Lantas segala jurus dan pernafasan adalah turutan dan urutan falsafah dalam Veda dan segala kitab hindu terutama dari Upanishads danPuranas.

2. Orang hindu amat berbangga dengan Yoga mereka, kebanggan yang membawa kepada ketaksuban Yoga came from the devine force. Satu tahap "ketenangan jiwa" yang mampu dicapai oleh seluruh manusia dan tidak terikat dengan mana-mana agama teknik yang pada orang hindu dicipta oleh mereka.

3. Angah lebih tertekan apabila terbaca diruang pendapat pembaca star dan NST, rata-rata orang islam menghentam pengharaman Yoga, sebelum Yoga itu diharamkan. Ada yang terlalu sombong hingga terserlah kebodohannya sanggup menulis "Yoga help me to be more "KUSYUK" in my solah". Fikiran orang jahil agama ini telah menggambarkan seolah-olah Nabi s.a.w telah salah ajar atau tidak tahu ajar cara-cara bersolat sepatutnya kepada kita. Ternyata yoga dalam solat adalah bidah yang sesat dan menjurus kepada neraka in express way...semoga hamba Allah itu sempat bertaubat.

4. Setelah dibuat penelitian barulah angah sedar bahawa majlis fatwa Mesir adalah antara badan yang mula-mula mengeluarkan fatwa haramnya yoga.Asasnya : Setiap sesuatu jenis "sukan" adalah halal asalkan ianya tidakmengandungi unsur kemungkaran. Merujuk kepada YOGA pula, ia mengandungi unsur peribadatan dan pendisplinan rohaniah yang ada kaitan dengan keugamaan dan justeru itu ulamak-ulamak Islam seperti Al-Syeikh Yusof Al-Qaradhawi memfatwakan ianya HARAM. Diberitakan bahawa dahulu negara Mesir terdiri dari 99% islam dan 1% kristian kini telah lahir bibit-bibit generasi muda yang cenderung kepada hindu.

5. Dari Majlis Ugama Islam Singapura:"Mengenai hukum Yoga, kebaikan yang ada adalah sedikit iaitu berupa senamanberbanding dengan keburukan yang ada yang lebih besar yang berupa syubhah ibadah yang boleh menjejaskan kepercayaan dan keimanan individu Islam. Seseorang itu perlu ingat bahawa terdapat banyak lagi cara-cara lain sebagai senaman yang boleh digunakan yang tidak kurang kesan kesihatannya jika dibandingkan dengan senaman Yoga. Sebagai yang dijelaskan dalam kaedah Fiqh, menolak keburukan adalah diutamakan daripada menarik kebaikan?

Setelah diteliti dan dihalusi, ternyata Yoga itu adalah satu "senaman" yang halus dan lembut. Oleh yang demikan teramat mudah jika mahu, segala unsur kehinduan dapat disebarkan tanpa disedari oleh pengamalnya sendiri. Apalagi jika ketika itu sedang mengalami keadaan "minda separa sedar" walau tidak sampai ketahap "bersawai".

Menyentuh perkataan "minda separa sedar" keadaan seperti ini jugalah yang menjadi "gula-gula" kepada pengamal sesetengah aliran tasawuf dalam ratib dan suluk yang difatwakan sesat. "Ketulenan" jatidiri semulajadi untuk menjadi insan kamil tanpa sandaran Islam mampu menjadikan Yoga sebagai wadah atau alat serangan saraf yang amat berkesan terhadap umat islam yang lemah akidah dan tauhid nya, keadaan ini amat merbahayakan.

Mungkin ramai yang beralasan bahawa "saya hanya bersenam, akidah dan iman saya tetap". Syukurlah buat masa ini tuan dan puan masih mantap, tetapi soalnya sampai bila dan bagaimana dengan orang lain yang mungkin telah terhakis sedikit demi sedikit imanya?

Setidak-tidak dan "sekecil-kecil" keburukan pasti akan sabit jika masih mengamalkan Yoga adalah berdasarkan hadis Nabi dibawah ini,
Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya) ".. Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk dari kalangan mereka." –Hadis riwayat Imam Abu Daud (Kitab al-Libaas, hadis no.3512) dan Imam Ahmad (Musnad al-Muktsirin minal-Sahabah, hadis no.4878)

Soalnya sekarang, mengapa pihak majlis fatwa tertunda-tunda dari mengeluarkan fatwanya? Mungkin juga Pak Mufti telah pun mencapai kata sepakat tetapi ada "kuasa-kuasa" yang mengarahkan fatwa yang sebenar dari tersebar.
Apapun angah tidak heran jika yoga masih berleluasan walaupun (jika) majils fatwa sealiran dengan pendapat yang mengharamkan yoga, kerana begitulah Malaysia, fatwa dan syariah hanya lah sekadar simbolik negara islam, hakikatnya kehidupan dan kejahilan telah kian bersatu sebagai simbiosis menuju kehancuran.

PERINGATAN: Penulis hanya melahirkan pandangan dari pembacaan dan kajian rambang yang tidak formal. Ianya adalah pendapat peribadi semata-mata tanpa landas ilmu agama yang formal. Penulis adalah anak didik sistem pelajaran sekular 100%. Bertanyalah kepada yang layak.

WallhuA'lam
tuantaip@blogspot.com

Tuesday, November 11, 2008

Umrah 2008

Ini kali pertama aku ke Jeddah untuk tahun ini. Telah sekalian kali aku memohon, tapi baru ini lah aku diterima melawat oleh Allah yang esa. Mungkin lawatan terakhir aku ke kota Mekah tidak begitu "disukai" oleh Nya. Aku pasrah dan menyesal. Secara jujur aku katakan, memang lawatan terakhir ku ke Kota Mekah tahun lalu sungguh mendukacitakan. Namun kali ini aku berazam tidak akan lagi mengulangi laku yang sedemikan.

Pesawat tiba agak lewat kali ini. Maghrib masuk sewaktu kami meninggalkan ruang udara Bombay menghala ke Oman. Sebaik sahaja kami dapat berhubung dengan pihak Muscat, aku terus kebelakang untuk bersolat maghrib. Aku fikir biar aku selesaikan semua solat ku sebelum mendarat, tentu urusan aku ke Mekah menjadi lebih mudah.

Kira-kira 45mint sebelum mendarat, pesawat melepasi kawasan miqat ihram. Disini menandakan bermulanya ihram seorang hamba dalam niat berumrah. Tapi sekali lagi aku masih tidak mampu berihram, apa pun ini semua kerana tugas, dan kerana tugas juga aku akan menjejakkan kaki di tanah keramat ini.

Shore pass telah pun didapati dan seperti biasa passport ku terpaksa diserahkan kepada pihak Saudi. Aku tak banyak soal, melainkan terus mengikut arahan bodah dan berubah-ubah pihak berkuasa Saudi. Niat ku hanya satu, untuk ke Mekah malam ini juga.

Ihdinossiro tulmustaqim fil fonduk..kata ku kepada pemandu bas sembil aku duduk disebelahnya. .. Ketawa besar pak arab itu. Aiwa!! katanya...Yallah...yallah...kata ku. Segala perbualan aku dengan pemandu bas itu nampak rancak tetapi hakikatnya seperti itik dengan ayam. Yang lain didalam bas hanya tergamam mungkin heran kerana menyangka aku benar-benar berinteraksi dengan pak arab itu.

Sesampai di hotel, aku terus betanya tentang kain ihram, dukacita sekali lagi.."we have no ihram for tonight sir" terdengar suara pihak house keeping. Sekali lagi aku terpaksa menyabung nyawa menyeberangi jalan didepan hotel untuk kekedai runcit bagi mendapatkan kain ihram.

Tangguh dulu...nanti sambung...

Wednesday, October 15, 2008

Mengenali sempadan Adat dan Ibadat dalam kematian

Ramadhan telah pun berlalu pergi... Episod kehidupan yang berterusan ini, membuat diri betul-betul tidak sedar akan usia yang kian tamat. Tersurat akan kisah kehidupan ku tahun ini, Ramadhan nya bermula dengan kematian dan akhirnya juga dengan kematian. Oleh itu, alhamdulillah telah sedikit sebanyak membuka mata ku tentang adat dan ibadat dalam menghadapi babak-babak kematian. Untuk memudahkan point dan turutan peristiwa, biar ku tulis segalanya satu persatu.

1. Pertama-tama perkara selepas jenazah menghembuskan nafas terakhir, perlulah kita bantu jika perlu dan pastikan mata jenazah telah tertutup. Rapatkan mulut jenazah dan jika perlu diikat dagu dan kepala untuk merapatkan mulut jenazah. Ada juga sesetengah orang akan menyuruh disapukan sendi-sendi jenazah dengan minyak, guna untuk memudahkan dan melembutkan sendi untuk dilentur dan dibetulkan anggota kepada posisi yang dihajati. Perbuatan ini juga adalah bertujuan untuk memudahkan urusan memandikan jenazah nanti. - semua perbuatan ini adalah termaktub dalam istilah menghormati jenazah.

2. Akan ada suara-suara yang menyuruh untuk meletakkan jenazah secara melunjur dengan kaki kearah kiblat. Sebenarnya tindakan ini bukan lah berlandaskan ilmu agama, tetapi lebih kepada adat dan logik akal. Hujah yang diberi adalah posisi begini, (jika boleh kita gambarkan) sebagai posisi yang jika diseru maka jenazah akan bengun terus mengadap kiblat. Peliknya ramai orang kita yang begitu sensitif untuk melunjurkan kaki kearah kiblat dengan alasan "tak baik", hatta posisi katil pun kadang-kadang menjadi isu dalam bilik tudur. Melalui pengalaman dan penelitian saya sendiri, di Masjidil Haram ramai orang yang tak kira bangsa melunjurkan kaki kearah kiblat. Berbalik kepada point kedua ini, tidaklah menjadi isu kearah mana jenazah perlu diletak, kerana ianya tidak tersebut dalam kitab agama. Maka itu, jangan lah menjadikan perkara remeh ini alasan untuk bertikam lidah disamping jenazah.

3. Mandi Gabah atau Mandi Gabas. Ianya juga satu istilah yang tidak terjumpa dalam kitab fikah yang pernah saya baca.(Pun begitu, perlu saya tekankan bahawa tidak lah banyak mana pun kitab fikah yang saya sudah baca, dan jika ada tercatit dimana-mana harap dapat kongsi bersama). Mandi Gabas adalah satu proses untuk membersihkan jenazah. Ianya adalah selari dengan istilah menghormati jenazah, kerana jika jenazah itu masih najis ianya seolah-olah diabaikan oleh ahli keluarga atau orang sekeliling, kerana kita semua tidak mahu lama menanggung najis, begitulah juga sifatnya atas jenazah. Jenazah boleh menaggung najis disebabkan air kencing atau najis yang keluar sewaktu nazak, apabila tercabut nyawa dan juga setelah beberapa ketika kematian. Ini berlaku kerana begitulah peritnya apabila nyawa tercabut dan juga disebabkan sistem badan yang telah tidak berfungsi lagi. Sebetulnya proses ini tidak perlulah dilaksanakan mandi seperti "mandi" yang kita fahami. Ini kerana ianya akan membebankan orang hidup disamping dibimbangi "menyakitkan" jenazah, walaupun mungkin akan ada suara-suara yang berkeras mahu dilakukan mandi yang sebenar. Sebaliknya ianya cukup dengan membersihkan kedua jalan keluar najis jenazah dengan air, kain basah atau wipes sahaja untuk menghilangkan zahir najis.

4. Menutup atau menterbalikkan gambar-gambar makhluk juga cermin-cermin yang digantung atau yang terdapat didalam rumah yang ada jenazah. Perbuatan menutup gambar-gambar makhluk, pada saya adalah perbuatan yang hipokrit dan tidak berasas sama sekali. Ianya juga tidak termaktub dalam kitab fikah malah lebih kepada adat dan logik orang dahulu kala. Perbuatan tanpa dalil dan penerangan ini sering disalah ertikan oleh orang ramai sebagai menghormati jenazah, malah ada yang berpendapat, takut-takut nanti roh simati memasuki gambar-gambar yang ada. Hujah yang paling kuat yang saya dapat sandarkan kepada islam adalah, sememangnya gambar-gambar makhluk tidak digalakkan malah diharamkan untuk digantung didinding-dinding rumah (bergantung kepada jenis gambar dan fahaman individu). Oleh itu, tidak lah manis disaat jenazah kelak akan disoal, jumahnya dipenuhi dengan bahan-bahan yang tidak disukai Nabi. Itulah sebabnya saya katakan, ianya adalah satu perbuatan hipokrit (baca munafik) seseorang yang menurunkan, menutup atau menterbalikkan gambar dirumah yang terdapat jenazah, tetapi membetulkan nya semula selepas jenazah selesai dikebumikan. Sebaiknya gambar-gambar tersebut tidak digantung terus. Bagi kes cermin pula, ianya satu lagi tindakan adat yang tak berasas malah boleh membawa fahaman karut akan mengapa cermin perlu diterbalikkan selagi jenazah berada didalam rumah. Pendapat liar ini terus menular dizaman moden ini hinggakan pernah saya terjumpa, peti TV juga ditutupi dengan kain batik. Ianya ternyata dan jelas pendapat yang tak berasas.

5. Dibakar kemiyan atau bau-bauan. Tidakkan ini ada baiknya malah bergantung kepada keadaan jenazah mungkin ianya amat-amat baik. Ini kerana kadang-kadang ada jenazah yang berbau, seperti mana juga manusia hidup ada bau badannya. Kadang-kadang bau yang ada adalah sedikit hamis dan sedikit meloyakan, dengan adanya bau keminyan atau bau-bauan ini insyaAllah dapat memberi sedikit keselesaan pada yang hidup dan dapat juga menutup aib simati. Tetapi amat malang pula, masyarakat kita telah diracuni akan bau keminyan dengan cerita-cerita seram atau pemujaan, tetapi ketahuilah hakikat asalnya untuk kebaikkan.

6. Bacaan ayat quran disisi jenazah. Ada pendapat yang mengatakan elok jika dapat dikahatamkan sebuah Quran disisi jenazah, malah ada pula yang sambung menyambung apabila berganti pembaca . Hakikatnya bacalah apa-apa surah atau ayat disisi jenazah semoga ada kebaikkan keatas jenazah mahupun orang yang membaca itu sendiri. Tidak perlulah dicipta satu kemestian kifiyat bacaan quran untuk jenazah kerana bimbang akan disangka ajaran Nabi oleh orang ramai.

Sekian buat masa ini...ada sambungannya...jari dah letih nak taip.

Friday, September 26, 2008

Perancangan Tuhan

Hati ku benar-benar resah. Pesawat aku pasti akan lambat tiba di KLIA. Bagaimana perancangan yang sudah dibuat? Pasti tetamu ku akan berbuka dirumah ku tanpa kehadiran aku. Frust betul kalau sesuatu benda yang kita dah plan elok-elok, terancam oleh sesuatu perkara yang sememangnya luar kalawan kita.
Akhirnya pesawat aku bersedia. Semua sistem dan dokumen telah lengkap, akhirnya pesawat meluncur laju dan terbang kira-kira 55 minit lewat dari jadual asal. Kini aku pasrah, congakkan ku, Kunming yang jauhnya kira-kira 3jam setengah perjalanan ke Kuala Lumpur, dah tentu aku akan tiba pada pukul 6:30 petang paling awal. Kalau nak kejar ERL 6:50 teramat lah mustahil.

Aku tiba lewat, tanpa menunggu lama, aku terus keluar pesawat untuk proses imigeresen. Pada hati ku berkata, "sudah lah...tak perlu terkejar-kejar lagi. Memang plan dah hancurrr."
Aku menjeling kearah jam besar yang ada. Kira-kira 5minit lagi untuk berbuka. Dalam beg ku hanya ada sebotol air mineral dari China, aku perlu mencari sedikit tamar, untuk mendapat sunnah. Untung ada Bazar Ramadhan KLIA, kedai pertamanya menjual kurma.

Kurma yang ada hanyalah dijual secara kotak, dan yang paling murah berharga RM10.60. Mak datuk mahalnya kurma KLIA ni. Setelah diteliti aku rasa, nak tak nak, terpaksa juga aku beli kurma kotak yang mencekik darah itu.

Aku meninjau sekeliling . Terlihat aku kepada susuk tubuh seorang tua yang sedang duduk tunduk disatu sudut. Serban yang dililit rapi dengan baju biru nampak jelas ketokohan seorang muslim. Aku menghampiri orang tua itu lalu memberi salam.

"Assalamualaikum Haji", kata ku. Dia menjawab salam ku.
Sambil menghulur tangan, aku berkata "Mari kita berbuka sama".
"Alhamdulillah.."kata orang tua itu.
"Saya sebetulnya tak tahu apa nak berbuka dekat sini, saya tak biasa. Saya serah saja pada Allah". Jernih muka orang tua itu.
"Tak pe lah Haji, kita makan apa yang ada". Jawab saya sambil membuka pembungkus plastik kota kurma tadi.
"Allah telah hantar Tuan kepada saya dan tuan akan dapat pahala sama seperti pahala puasa saya tanpa mengurangkan sedikit pun pahala saya", tambah orang tua itu lagi.
Terfikir saya betapa ralatnya saya kerana pada tahun ini, tidak seperti tahun-tahun yang lalu, saya tidak sempat menghadiahkan kurma pada guru-guru agama saya.
"InsyaAllah" jawab saya ringkas. "Seminit lagi berbuka" tambah saya.

Waktu maghrib pun tiba, kami berbuka kurma sahaja. Saya memberi orang tua itu botol air mineral yang ada dan menyuruh nya minum kerana gelas tidak ada lagi pun rumah saya tidak begitu jauh lagi.

Masa terlalu pantas berjalan, saya harus pergi. ERL akan berangkat jam 720mlm dan saya tidak mahu terlepas kerana tetamu pasti menunggu dirumah. Saya minta diri dan bersalaman dengan orang tua itu. Entah mengapa, hati saya benar-benar ingin bertemu lagi dengan orang tua itu, lalu saya meminta izin untuk menghubungi nya lagi dilain waktu, tetapi masalahnya bagai mana cara saya.....(masuk waktu asar)...bersambung

Mencari LailatulQadar

Berkata sekumpulan ulamak berdasrkan pemerhatian dan pengamatan mereka seperti yang disebut oleh Imam Al Ghazali, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27.
Jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan.
Jika awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan
Jika awal puasa pada Isnin, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.

Kita tidak ingin membahaskan kesohihan atau hukumnya berpegang kepada kaedah ini, yang pasti jika diengkari tidak menjadi kesalahan dan jika dituruti dengan niat semata-mata keranan Allah dan kebetulan pula menepati malam tersebut amatlah beruntung nya kita.

Persoalannya, sudahkah anda bermunajat sepanjang Ramadhan yang sedang berlalu ini? Banyak mana zikir dan ayat quran yang kita lafaz, sewaktu orang lain sedang asik berdengkur, banyak mana mata air kita yang telah membasahi sejadah atau yang ada hanya lah bantal busuk yang dibasahi air liur basi.

Maka disaat yang tersedak ini, cubalah kita ambil alternatif terakhir merebut LailatulQadar ini. Pastinya, tentu ada yang berpendapat, lailatulQadar sudah berlalu, kerana jika berpandu kaedah diatas jika awal puasa jatuh pada hari isnin, maka lailatulQadar akan terjadi pada malam 21, iaitu sabtu malam ahad yang lalu!!! Dah melepas...Sabar dahulu, ingat bahawa kita berpuasa pada tahun ini adalah mengikut Ulul Azmi. Sunnah nya Syaaban yang sepatutnya dilengkapkan 30 hari telah menjadi 29 hari, lalu umat islam Malaysia berpuasa pada hari syak. Ianya tidak salah sama sekali, kerana yang kita ikut adalah Hisab dan bernaung dibawah arahan Ulul Azmi.

Oleh yang demikian, ada kemungkinan nya bahawa sebetul Ramadhan adalah pada hari Selasa, yang mana jika disemak kepada panduan diatas, LailatulQadar insyaAllah akan terjadi pada malam ke 27. Malam ke 27 juga bertepatan dengan rekod paling tinggi LailatulQadar berlaku, seperti yang ramai orang melayu namakan Malam Tujuh Likur. Bilakah pula ke 27 ini? Jika dilihat pada kalander, dah pastilah malam 27 adalah pada malam ini, jika ditolak satu hari kerana jika dikira Ramadhan bermula pada hari selasa, ianya akan berlaku pada malam esok.

Apapun adalah lebih baik jika malam Ramadhan yang hanya tinggal sisa-sisa ini terus kita hidupkan, daripada ianya berlalu sia-sia. Maka dengan ini sukacita diberi tahu, subuh esok (malam 27) satu majlis Qiamullai yang akan dipimpin oleh Ustaz Badrul Amin insyaAllah akan dijalankan di surau An-Nur Syek. 1 B.B.Bangi. Jika hati kita masih keras membatu, dan airmata yang terlalu membeku untuk meratapi tempat sujud, mungkin disana akan dapat kita pelajari dan hayati zikir munajat yang akan dibawa oleh ustaz.

InsyaAllah kita kesana.

Sunday, September 21, 2008

Taskirah Ramadhan-10 terakhir

Wahai Orang-orang yang beriman...

Sedar atau tidak, sepuluh terakhir Ramadhan telah pun tiba. Satu jangka masa yang amat menggembirakan pada mereka yang sedang menanti Hari Raya, satu masa yang gentir pada mereka yang perlu menghabiskan tempahan kuih raya orang, satu masa yang orang berpusu-pusu mencari juadah dan pakaian baru untuk hari raya.Tetapi bagi mereka yang sedang dalam kelazatan beribadah, dia akan merasakan hari-hari nya semakin dipenghujugan, sedih kerana terpaksa berpisah dengan Ramadhan iaitu bulan rahmat dan maghfirah.

Berapa ramai antara kita yang sedar bahawa hakikatnya kita kini berada dipusingan penentuan, sama ada kita akan dibebaskan dari api neraka atau tidak seperti yang diceritakan oleh Nabi.

Ringkasan hadis,...Telah tiba satu bulan yang mana didalam nya akan ada satu malam yang lebih baik dari pada seribu bulan. Allah telah memfardhukan berpuasa pada bulan itu. Ibadat malam nya menjadi amalan sunat. Barang siapa yang mengerjakan satu kebaikkan PADA BULAN ITU, bagaikan ia menunaikan satu amalan fardhu pada bulan lain. Barang siapa menunaikan satu kefardhuan, bagaikan ia mengerjakan 70 kali fardhu pada bulan yang lain.

Maka itu teramat rugilah jika kita masih lalai dan leka tanpa mengambil apa-apa tawaran yang diberikan oleh Allah dan membiarkan Ramadhan kali ini berlalu begitu sahaja. Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi ini tidak patut dilepaskan tanpa menambah sedikit pun koleksi amal ibadat kita kepada Allah. Jika kita sebelum ini lupa, lalai dan leka maka dipenghujung Ramadhan ini lah peluang terakhir untuk kita.

Ingatlah apa yang diceritakan tentang kata-kata malaikat Jibril, Sesiapa yang berkesempatan dapat hidup dibulan Ramadhan, tetapi tidak mengambil langsung kesempatan dan peluang yang diberikan oleh Allah dangan ibadat, maka dosanya tak diampunkan oleh Allah, dia akan mendapat laknat dari Allah,dan jauh dari rahmat Allah. Lalu Nabi mengaminkan kata-kata Jibril itu.

Apakah kita masih yakin bahawa akan tiba Ramadhan lagi untuk kita pada tahun depan? Tidakkah kita sedar bahawa ada muka-muka sahabat-sahabat, saudara-mara rakan taulan yang dulu nya satu saf dengan kita tetapi ditarawikh kali ini mereka tidak lagi berpeluang untuk beribadat, mereka sudah pun berada dialam kubur, apakah cukup amalan mereka untuk terlepas dari siksaan kubur atau neraka Allah? Bagaimana pula kita jika dicabut nyawa sebelum sempat Ramadhan tahun depan?

Tolehlah kebelakang, apakah ibadat solat kita, dua puluh hari yang lalu diterima Allah? Apakah puasa kita menepati kehendak Allah? Apakah segala-galanya diterima oleh Allah untuk dianugerahi tauliah Takwa. Seperti janji Nya- La'allakum tattakun pada akhir ayat puasa dari Al Quran itu? Apakah kita layak menagih janji Nabi "Sesiapa yang puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesungguhan, Allah akan ampunkan dosa-dosanya yang lalu!"

Mungkin kerana inilah ayat berkenaan Puasa dari Al quran dan juga taskirah ini dimulakan dengan sebutan Wahai orang-orang yang beriman. Kerana hanya mereka yang beriman sahaja yang layak dan faham akan hakikat perintah ini. Tidak keterlaluan jika kita sebut dengan Ramadhan ini tersingkaplah siapa kita sebenarnya. Adakah kita ini tergolong dalam gologan orang-orang yang beriman atau kita masih tidak beriman. Hakikatnya berapa ramai orang yang berpuasa tetapi masih tidak bersolat. Kita seolah-olah lupa bahawa puasa itu perintah Allah dan solat itu juga perintah Allah, jadi adakah kita ini sedar bahawa mungkin kitalah yang dimaksudkan sebagai orang yang hanya mendapat lapar dan dahaga? Pendeknya untuk mendapat janji-janji Allah dan keampunan perlulah kita mempraktikkan kehidupan sebagai orang-orang yang beriman.

Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam gologan mereka yang bodoh dan rugi itu. Semoga kita tergologan dari kalangan mereka yang bahagia dan diterima amalan oleh Allah, dan bukan diantara mereka yang celaka dan tertolak amal ibadat kepada Allah.

Berdoalah seperti yang diajar "Ya Allah, kau terimalah Puasa ku, solat ku, rukok ku, sujud ku, khusuk ku, tabaruk ku, ibadat ku dan semoga semuanya tertunai segala apa yang dituntuti".

Ingatlah bahawa sepanjang Ramadhan ini pasti, kita telah meminta keredoan Allah, Surga Allah, jauhkan dari neraka dan jauhkan dari kemurkaan Nya, setidak-tidaknya kita mengaminkan semua perkara itu dalam doa imam solat tarawikh jika pun tidak kita fahami. Tidak ada pada zahir nya kita meminta rumah besar, kereta mewah, motorsikal besar atau segala perkara keduniawi tetapi apakah tindakan dan perlaksanaan harian kita menepati apa yang kita tadah itu? Logiknya, jika syurga yang diminta seharusnya kita rajin ibadat, kerap berjemaah, tidak berbohong, tetapi nyata perlakuan kita tidak menghala kearah itu. Oleh itu sedarlah setidak-tidaknya disepuluh terakhir Ramadhan ini untuk kita beramal selari dan bersesuaian dengan apa yang kita pinta.

Sudah tiba masanya kita hentikan dahulu cerita-cerita TV yang tak keharuan, sudah tiba ketika kita buang dahulu lagu-lagu yang melalaikan, sudah tiba saat kita lupakan dahulu syair-syair cinta yang memabukkan. Sebaliknya hiaskan lah rumah dengan cahaya solat, dengan alunan ayat suci dan syair puisi cinta untuk Allah. Nabi pernah berdoa dengan doa cinta seperti ini...

"Ya Allah!
aku meminta cinta Kamu,
Berilah aku cinta orang yang mencintai Kamu.
Dan aku meminta dicintakan,
pada amalan yang mendekatkan aku pada cinta Kamu".

Pada akhir Ramadhan ini seseorang islam pasti mendapat takwa jika dia berpuasa dengan ertikata puasa yang sebenar. Oleh itu tingkatkan lah amalan kita, gunakanlah "lesen" iman yang telah dikurniakan kepada kita sejak lahir demi merebut tawaran Allah pada kali ini kerana belum tentu kita akan berjumpa lagi Ramadhan seterusnya.


Ingatan untuk diri ku jua..
(Olahan kuliah subuh Ustaz Abdullah An-Nur Bangi)

WallahuA'lam

Abu Uwis Al-Raubi
tuantaip.blogspot.com

Sunday, September 14, 2008

Memasuki Pertengahan Ramadhan

"...eh, ada kunut pulak witir malam ini?" Terlintas kata-kata itu dihati seorang makmum dihujung solat witir malam tadi. "Tak sedar ya.. dah setengah bulan kita berpuasa". Mengelamun fikirannya dalam lunak suara Imam membaca lafaz-lafaz kunut. Tidak seperti kunut subuh, kunut ini tidak dipertikaikan ulamak. Walaupun kunut ini jugalah yang menjadi titik tolak pada perbahasan kunut subuh yang tidak berkesudahan itu. Apa pun ia menjadi tanda bahawa kita sekarang berada difasa seterusnya Ramadhan.

Sepuluh pertama yang dijanjikan Allah dengan Rahmat, sudah lama berlalu. Sedar atau tidak sepuluh kedua yang dijanjikan dengan pengampunan kini tiba dipenghujugan. Dapatkah seseorang itu merasakan keampunan yang diberi? PASTI...saya rasa...(ini kata-kata saya). Sebagaimana telah Allah kurnia kita dengan rahmat disepuluh pertama, begitu juga lah akan zahir pengampunan disepuluh kedua ini.

Apa rahmat nya sepuluh pertama? Banyak sekali...sedarkah kita sebelum puasa cuaca amat panas dan tak menentu? Berapa ramai antara kita yang terbatuk-batuk, ada yang sakit tekak bahana cuaca seawal masuk Ramadhan? Alhamdulillah kini semuanya seperti sedia, mungkin kerana cuaca redup bak puasa dimusim bunga. Itu sahaja cukup untuk kita melihat rahmat sang pencipta disepuluh pertama.

"Kau gambarkan lah pula tanda-tanda pengampunan wahai Allah!!" Jerit batin seorang hamba dimalam hening sewaktu manusia lain diselimuti mimpi. "Berikan satu tanda bahawa kau terima taubat ini, satu pedoman yang biar hanya aku sahaja yang tahu akan intripitasinya". Kata si hamba untuk sang Agung.

Tugas kita hanyalah untuk berdoa, bertaubat dan memohon...sedang Allah itu tidak ada kemestiaan Memaafkan kita, kata-kata yang pernah ku terima daripada seorang guru. Jadi apa guna aku munajat, apa guna aku sujud?? Sebabnya tidak lain, hanya sesungguhnya sifat memaaf itu lebih banyak pada Allah dari sifat menghukum.

"Ya Allah, siang aku berlapar, malam aku bermunajat...kenapa dineraka ini akhir tempat ku! Ya Allah....!!" harap ini bukan jeritan kita, ini bukan laungan anak isteri atau suami kita, ini bukan suara ahli-ahli keluarga kita diperut neraka nanti...kerana sedarlah diri, puasa itu hanya lapar, dahaga dan letih, bagi mereka yang tidak Shaum seperti yang dituntut oleh islam.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w. berkata, "Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan berapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam"
(Riwayat Ibnu Majah, An-Nasai, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain. Menurut As-Suyuthi, bertaraf sahih)

Semoga lapar, letih kita berbaloi...

Abu Uwis Al-Raubi
tuantaip.blogspot.com

Friday, September 12, 2008

Bulu bintang yang diambil tanpa membunuh.

Dibawa kepada saya akan kisah Ustaz Misnan..
"ustaz misnan menjelaskan bahawa kopiah jenis itu diperbuat daripada bulu kambing yang diimport dari Australia . semasa mereka mendapatkan bulu kambing,mereka tak sembelih pun kambing tu..just shave je bulu kambing tu hidup2.. mengikut hukum fiqh, bulu binatang yang belum disembelih jika tertanggal dari badan binatang tersebut, dianggap sebagai bangkai.. kalau bangkai, dah tentulah hukumnya jatuh najis jika di bawa bersolat..

Jawapan saya...

Adapun sebagai mengulas senario yang dipaparkan.. . Diceritakan. .."Satu ketika Nabi bertanya prihal bangkai kambing yang dibuang oleh sahabat. Sabda baginda, "Andaikata kamu ambil kulitnya, tentu lebih bagus? Para Sahabat berkata: Kambing itu bangkai. Nabi bersabda: Kulitnya itu boleh disucikan dengan air dan daun salam." - Riwayat Abu Daud, An-Nasa'i- isnad hasan.

Tafsir:- “Dan (Dia juga menjadikan bagi kamu) daripada berjenis-jenis BULU BINATANG ternakan itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.”(Surah AI-Nahl: 80)

Dua dalil diatas menunjukkan kuatnya pendapat bahawa bulu bintang adalah suci dan boleh diambil manfaat. Namum ulamak membahaskan apakah sama hukum nya bulu yang diambil setelah dibunuh binatang itu dengan yang dicukur, diketam atau gugur dari tubuh binatang yang masih hidup? Begitu juga pada hadis diatas menggambarkan bahawa ianya adalah dalil kepada peri laku men"yamak" kulit dan bukannya men"cuci" bulu yang akan diproses menjadi benang, kain, baju sejuk atau dalam konteks senario ini, kopiah raihan.

Oleh itu disini perlunya kita kepada ijtihad ulamak. Pendeknya termaktub dalam kitab Kifayatul Akhyar, karangan Imam Taqiyyuddin Abu Bakar (Shafie) pada awal Kitab Bersuci, membawakan dua khilaf ulamak aliran shafie. Pertama tidak najis akan rambut / bulu bintang yang ter/di-cabut. Manakala yang kedua mengatakan najis.

Adapun kaedah mengetam, menenun untuk dimanfaatkan bulu bintang ini adalah berkembang dengan berkembangnya perindustrian, iaitu selari dengan kemodenan. Hatta setiap perkara baru itu perlu ditimbang dengan neraca hukum yang lima oleh ulamak sezaman.

Begitulah juga dengan masalah ini, maka tanpa ragu, fatwa telah pun diberi dan hukum telah dikeluarkan. Berkata Imam Nawawi Rahimahullah dalam AI-Minhâj:"Dan bahagian yang terpisah daripada binatang yang masih hidup, hukumnya adalah sama seperti bangkainya, kecuali bulu binatang yang harus dimakan, maka hukumnya bersih."

Ketika mengulas pendapat Imam Nawawi ini, Imam Al-Syarbini menyebutkan bahawa bersih atau sucinya bulu berkenaan adalah dengan ijmak ulama, sama ada bulu itu dicabut, ataupun tercabut dengan sendirinya. Selari dengan Firman Allah di Surah Al-Nahl ayat 80 diatas. Kata beliau “Ayat ini mengandaikan bahawa bulu-bulu itu diambil selepas penyembelihan binatang itu atau diambil semasa ianya masih hidup sebagaimana yang dapat difahami.”

Pun begitu, perlu diterangkan disini bahawa, bulu yang melekat pada bahagian yang terpisah atau terputus dari sesuatu bintang itu tetap najis. Contoh, seekor kambing yang terputus kakinya, maka bulu yang ada pada kaki yang terputus itu dikira najis sebagaimana kaki itu juga dikira bangkai dan haram dimakan.

Berkata Syeikh Yusuf Al-Ardabili dalam AI-Anwâr:“Di antara yang suci itu ialah bulu yang terpisah daripada manusia, daripada binatang yang halal dimakan, termasuk bulunya walaupun kasar dan keras….” (Al-Anwâr 1/117).---(Nota: Ini kali pertama saya mendengar nama dan kitab beliau.- Abu Uwis)

Oleh yang demikian bulu binatang yang halal dimakan yang diambil semasa binatang itu masih hidup, bulunya boleh dijadikan pakaian dan lain-lain kegunaan.Menyentuh masalah bulu kucing dan lain-lain, hatta tahi cicak atau burung. Telah terlahir istilah Ummul Balwa dalam hukum fikh. Ianya merangkumi benda-benda remeh tetapi najis yang kadang kala tidak mampu kita elakkan. Contoh dirumah arwah guru quran saya yang pertama terdapat terrrrramat banyak kucing. Maka tidak dapat tidak, selalunya bulu kucing ini akan melekat pada tapak kaki kita, baju kita, malah di tempat sujud pun ada bulu kucing, maka disini jatuhlah hukum Ummul Balwa, ianya najis tetapi tidak sampai merosakkan ibadah atau solat kita. Begitu juga di Mekah, musim banyak burung merpati, sering kita terpijak bulu mahupun najis nya, maka ianya dimaafkan dibawah istilah ummul balwa.

Akhir sekali, berkenaan asal mula pencerita senario ini, mungkin ini lah yang digambarkan oleh Nabi bahawa akhir zaman nanti ilmu akan diangkat sedikit demi sedikit. Begitu jugalah bandingan akan seorang yang berilmu itu lebih baik dari seribu orang abid (ahli ibadat). Sedangkan secara pribadi saya rasa dan saya mengharapkan ianya adalah rekaan penulis yang kurang mahir hukum fikh semata-mata, kerana jika ianya kisah benar, maka begitu parahlah masyarakat kita hari ini.

Oleh itu cari dan dampingilah tok-tok guru yang tidak kedekut dalil apabila berkata. Kita semua sedar bahawa beramal tanpa ilmu itu sia-sia dan amalan dalam islam itu perlu kepada ilmu yang authentic bukan sekadar berlandaskan kata-kata mulut dan berdalilkan "saya rasa".

Semoga kita mampu mengenal yang mana tok guru dan yang mana tok garu.

WallhuA'lam
Abu Uwis Al-Raubi

Friday, September 5, 2008

Mimpi ketuanan MELAYU

Tun ku, bersuara lagi..

Berikut ialah tulisan penuh Dr Mahathir :
"Pohon Maaf"
1. Baru-baru ini Kerajaan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-Menteri sibuk memohon maaf kepada orang Cina dan India kerana apa yang dikatakan kata-kata yang dianggap sebagai terlalu perkauman (racist) yang telah disebut oleh beberapa pemimpin Melayu.

2. Sebenarnya orang Melayu sekarang amat takut jika mereka diberi label "racist". Mereka menulis dalam akhbar yang orang Melayu bukan racist. Demikianlah ketakutan mereka sehingga apabila hak mereka di buruk-burukan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri mereka.

3. Malang bagi TPM dan Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah memohon maaf secara terbuka permohonan maaf daripada pemimpin tertinggi Umno ditolak oleh pemimpin-pemimpin kaum berkenaan. Mereka menuntut supaya orang yang perkatakan perkataan yang dilabel "racist" sendiri memohon maaf.

4. Satu lagi peristiwa yang memalukan ialah apabila Kerajaan hantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video.

5. Kemudian didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu.

6. Sebaliknya, apabila orang yang bukan Melayu mengeluar perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai racist, orang Melayu tidak pernah tuntut supaya pihak berkuasa memohon maaf.

7. Dalam Memo Hindraf ke Perdana Menteri UK banyak perkataan yang terlampau dan racist terdapat didalamnya. Contoh: a) Kerajaan dikatakan dibantu oleh "Islamic Extremist violent armed terrorists" (orang Melayu) b) Mereka berkata Kerajaan Malaysia melakukan "Ethnic Cleansing" iaitu Kerajaan sedang membunuh dan menghapuskan orang Tamil. c) 100 orang keturunan India "ditetak dan dibunuh oleh Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO." Perbuatan ini kononnya adalah "mini genocide" (pembunuhan beramai-ramai mini) d) Tiap tiga minggu kuil Hindu diroboh. e) Kerajaan yang kononnya dikuasai oleh UMNO telah lancar serangan bersenjata dengan 600 anggota polis, polis simpanan, pelampau Islam dan pengganas (terrorist) bersenjata (orang Melayu). f) Pegawai Bandaraya dan Polis dikatakan membaling batu dan menyerang orang Hindu dengan pisau, kayu dan batang besi. Kononya 20 orang Hindu mengalami cedera parah.

8. Tulisan dalam memo Hindraf ini bukan sahaja racist tetapi juga "seditious" (hasutan).

9. Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

10. Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali. Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihanraya dan menang menjadi wakil rakyat.

11. Mereka menuntut supaya tidak ada diskriminasi oleh Kerajaan. Tetapi nampaknya mereka bukan sahaja bebas malah mendapat kehormatan dengan dipanggil "Yang Berhormat" setelah berkata perkataan yang amat keterlaluan bahkan merupa hasutan.

12. Soalnya kenapakah Kerajaan berat sebelah, menyembunyi kata-kata racist Hindraf tetapi melapur dengan meluas apa yang dikatakan oleh pemimpin Melayu. Kenapakah Menteri keturunan India atau ketua-ketua kaum India tidak dikehendaki memohon maaf?

13. Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil PRU 2008, tetapi ia menjadi amat buruk. Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya. Tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut. - 4/9/2008

Kata ku, melayu kan pelembut, mudah lupa dan setiasa dalam delima. Dari segi lain, sungguh tinggi budi melayu ini, cepat mengalah dan tidak suka menggunakan veto walau dia berhak, mampu dan benar.
Bukan ke Tun juga yang membentuk mereka selama 30 tahun lebih...?

Thursday, September 4, 2008

Nilai zakat Fitrah

Ditanya kenapa nilai zakat fitrah itu berbeza-beza antara negeri? Ada yang kata nampaknya macam ada negeri-negeri yang "slack" infation naik, sebab tu harga zakat naik.

Ini hujah ku...

Assalamualaikum..

Pertama sekali, terima kasih atas info ini. Sekali pandang memang boleh disangsikan, dan lumrahlah pulak jika yang "pelik" itu kena kepada negeri tertentu, mesti akan diapi-apikan lagi.

Adapun kadar zakat fitrah ini pada asalnya bersandarkan kepada Hadis:-
Diriwayatkan dari Ibnu Umar t.ia berkata : Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah dari bulan Ramadhan satu sha' dari kurma, atau satu sha' dari sya'iir. atas seorang hamba, seorang merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslilmin. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim)

Satu Sha' kira-kira Satu Gantang.

Berdasarkan hadis tersebut maka para ulamak mentafsirkan bahawa:-
Nilai zakat fitrah ditetapkan oleh pemerintah agama (Ulul Amri) setiap negeri berdasarkan harga segantang beras (2.6 kg) /makanan ruji. Harga disini adalah berdasarkan pendapat mazhab Hanafi, sedangkan As-Shafie masih menetapkan bahawa yang perlu dikeluarkan adalah makanan itu sendiri bukan nilainya, bersesuaian dengan zahir hadis.

Jika dikira 1 cupak adalah 675 gram, maka 1 gantang adalah 2.7 Kg. Ambillah 2.7kg untuk lebih selamt dan jika lebih dikira sedekah.
Tidak perlulah kita hairankan tentang perbezaan nilai ini, kerana jika dihalusi, kita lihat kenapa Terengganu mempunyai julat nilai antara RM6 ke RM8 sedangkan nilai pada negeri lain adalah satu nilai sahaja. Begitu juga di Indonesia, seperti di Samarinda nilai zakat fitrahnya adalah Rps 12,000, Rps 15,000 dan Rps 20,000. Ini adalah bergantung kepada jenis beras seseorang individu atau kelompok itu makan. Dari logik nya tak kan penduduk Taman Tun atau Country Heights makan beras jenis sama dengan apa yang dimakan oleh penduduk kawasan daif?

Apa yang dapat kita perhatikan, tak seperti penduduk negeri lain, ramai warga Kelatan suka makan atau menjadikan beras siam sebagai makanan asasi. Harga beras siam ori ini pula tidak lah murah, dahulu rata-rata beras jenis ini adalah berharga RM3.5 lebih se kilogram(sekarang mungkin lebih tinggi). Beras jenis ini, jika dibeli di negeri sebelah selatan, mungkin boleh mencecah RM5 atau lebih sekilogram, oleh itu orang disebelah sini tidak mampu atau lebih berminat memakan beras lebih murah.

Maka itu bersesuaian dengan hadis tadi, jika nilai makanan ruji itu tinggi, maka tinggilah juga nilai zakat fitrah disitu. Sebagai contoh di Terengganu atau Samarinda, jika seorang itu sentiasa memakan beras mahal, dia sepatutnya mengeluarkan zakat fitrah nya berdasarkan nilai beras mahal, tidak sah jika dia hanya mengeluarakan zakat fitrah mengikut kadar beras murah. Pendeknya begini, jika hendak terlalu berkira, belilah 2.7kg jenis beras yang biasa anda guna, dan berikan lah kepada amil sebagai zakat fitrah, itu adalah lebih tepat dengan hadis.

Untuk negeri-negeri yang mempunyai hanya satu nilai zakat, ianya adalah satu anggaran harga purata beras yang ada, sebagai contoh saya biasa menggunakan beras biasa tempatan berharga RM2.80 se kilo. Darab 2.7, jawabnya RM7.56 maka jika nilai zakat fitrah dikeluarkan lebih sedikit dari itu, maka ianya tidak sah kerana tidak cukup nilai segantang!!

Mungkin ada yang berkata di Kelantan bukan semua orang kaya, nah ini contoh termudah, katakanlah di setiap negeri Kelantan hanya ada 5 orang penduduk, 3 orang guna beras siam, tentu harga beras siam diguna pakai. Di KL pula ada 10 orang dan 4 orang guna beras mahal, tentu nilai beras yang dikira adalah yang lebih murah.

Fikirkanlah dengan rasional, adakah nilai zakat fitrah sesetengah negeri itu cukup? Ingat dalam soal ini, biar lebih jangan kurang dan hitungan Allah adalah lebih tepat.

Pihak media sepatutnya menjelaskan kenapa ada perbezaan ini dan apakah hakikat disebalik harga nilai zakat fitrah, bukan menjadikan ia sebagai sentimen. Apa pun hanya Allah yang mengetahui tujuan sebenar tulisan mereka.

WallhuA'lam

Nota diri tuan taip

Wednesday, September 3, 2008

Laknat Nabi kepada tiga gologan.
1. Manusia yang tidak mendapat keampunan Allah sesudah bertemu Ramadhan.
2. Manusia yang tidak berselawat kepada Nabi.
3. Manusia yang tidak berkhidmat kepada kedua orang tua.

DALIL:-

Daripada Ka'ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hadirlah ke mimbar." Maka kami semua pun hadir.
Apabila Nabi naik satu anak tangga mimbar, baginda berkata, "amin" dan apabila naik anak tangga yang kedua, baginda berkata "amin" dan apabila baginda naik anak tangga yang ketiga baginda berkata "amin."
Apabila baginda turun, kami telah bertanya, "Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar."
Beliau bersabda, "Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata : Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin."
"Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia berselawat. Maka aku berkata, amin."
"Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata "amin."

(Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)

Untuk catitan Tuan Taip

Monday, September 1, 2008

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum..

Ramadahan yang tiba kali ini seakan terlalu mendadak, apapun apakah ada dikalagan kita yang sebenar-benarnya setia menunggu kedatanan bulan keramat ini. Lumrah yang kita dengar sejak sebulan dua yang lalu adalah, bila nak beli baju, bila nak tempah baju sedondong tak kurang juga telah mula mengambil order kuih raya. Inikah tanda nya orang yang rindu pada Ramadhan?

Tiba-tiba kita berpuasa. Kerana apa kita berpuasa? Sebab telah menjadi ketetapankah atau sebab mengikut keadaan sekeliling? Terjadi pada tahun ini 31hb Ogos bersamaan dengan 29hb Syaaban, apa signifikan nya tarikh itu? Sedang telah diperkatakan orang akan 1 Ramadhan itu jatuh pada 1hb September sejak awal tahun lagi. Ingatkah kita bahawa 31hb Ogos itu tarikh melihat anak bulan, sedangan kan jika tidak kelihatan maka menjadilah Syaaban itu 30 hari. Maka ! Ramadhan adalah pada Selasa 2hb September. Tak ramai yang peka dan tak ramai yang kisah akan hal ini, tetapi jika begitu kisahnya apakah boleh kita berpuasa Ramadhan pada 1hb September, hari syak? Jawapan pendek...kita berpuasa kerana Ulul Amri berkata begitu. Bagaimana pula jika kita berada sendirian dinegara asing...(wah, tak semudah itu rupanyakan).

Ditafsirkan ulamak, bahawa terdapat tiga tingkatan orang berpuasa. Puasa orang awam, puasa orang khusus dan puasa khusus orang khusus. Setelah sekian lama kita berpuasa, semestinya kita telah mampu untuk menjalankan kategori puasa tingkat pertama. Semua orang tahu bahawa ianya adalah sekadar menahan dari makan, minum dan jima' atau perkara-perkara lain yang membatalkannya pada waktu yang ditetapkan.

Mengapa tidak kita pada tahun ini berusaha untuk mencapai tingakatan kedua, setidak-tidaknya, kerana tingkatan ketiga adalah khusus untuk para nabi-nabi, shiddiqin, dan muqarrabin.

Imam Al Ghazali menjelaskan enam hal untuk mencapai kesempurnaan puasa tingkatan kedua itu.

Pertama, menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan serta dari tiap-tiap yang membimbangkan dan melalaikan dari mengingat Allah. Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa meninggalkan pandangan karena takut kepada Allah, niscaya Allah menganugerahkan padanya keimanan yang mendatangkan kemanisan dalam hatinya. Oleh itu sebagai praktikal kita "orang bandar" kurangkanlah masa berada ditempat-tempat yang banyak unsur-unsur menjolok mata dan dapat mendatangkan fitnah, seperti di pusat-pusat beli belah, pasar-pasar, kelab-kelab atau saja gym yang kononya bertujuan kesihatan tetapi boleh mengurangkan pahala puasa jika tidak pada kita mungkin pada orang yang melihat kita. Sebaiknya waktu terluang, gunakanlah untuk membaca ayat-ayat Allah yang tertulis pada alam atau pada kalam.

Kedua menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri, menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca Alquran. "Dua perkara merusakkan puasa," sabda Rasulullah SAW, "Yaitu mengumpat dan berbohong." Sekali lagi, untuk kita, berkatalah jika perlu, sedangkan berdiam diri adalah lebih baik.

Ketiga, menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik, karena tiap-tiap yang haram diucapkan maka haram pula mendengarnya. Rasulullah SAW menjelaskan: Yang mengumpat dan yang mendengar, berserikat dalam dosa.

Keempat, mencegah anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Seperti mencegah tangan dan kaki dari berbuat maksiat dan mungkar, mencegah perut dari memakan yang syubhat dan haram.

Kelima, tidak berlebih-lebihan dalam berbuka sampai perut penuh makanan. Orang yang berbuka secara berlebihan tentu tidak akan dapat memetik manfaat dan hikmah puasa. Bagaimana dia berusaha mengalahkan musuh Allah dan mengendalikan hawa nafsunya, jika saat berbuka dia justru memanjakan nafsunya dengan makanan yang terhitung banyak dan jenisnya. Hentikanlah budaya Pasar Ramadhan, sebaiknya belilah satu juadah jika perlu untuk setiap hari, Ramadhan itu 29 atau 30 hari, tentu kita mampu merasakan 29 atau 30 juadah dengan lebih nikmat jika kita amalkan satu juadah, satu hari...JIKA PERLU!

Keenam, hatinya senantiasa diliputi perasaan cemas (khauf) dan harap (raja'), karena tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah. Rasa cemas diperlukan untuk meningkatkan kualiti puasa yang telah dilakukan, sedangkan penuh harap berperanan dalam menumbuhkan optimisme.

Demikian taskirah untuk diri yang menulis semoga dapat manfaat dan tersampai kepada berapa banyak mata yang sudi melihat, hati yang sudi menerima, akal yang mahu berfikir...semoga Ramadhan kali ini ada bezanya dengan yang dahulu.

WallhuA'lam.

Tuan Taip

Thursday, August 14, 2008

Kenduri-Arwah

"Kenapa tak buat tahlil?"
"Itu bukan sunah."
Ruby mencapai cawan teh yang sedia terhidang. Suasana suram natijah kepermergian prof masih terasa. Dihirup nya perlahan-lahan air yang suam-suam kuku itu.

Aku masih ingat lagi, apa kala dikalangan jemaah yang hadir dihari pengkebumian itu berbisik, "Tak buat tahlil ke malam ni?". Situasi yang terlalu amat ganjil dan janggal pada mata mereka yang kononnya rata-rata bermahzabkan Imam Shafie.
"Talkin pun tak buat, apalagi nak buat kenduri arwah!" terdengar sinis dalam jawapan.
"Eh, biar betul dia orang ni, tak aman arwah tu tau tak?" sampuk lebai kampung yang tak bertauliah.
Aku heran dengan kata-kata terakhir yang aku dengar itu. Apakah dia pernah melalui mati, hingga tahu keadaan arwah yang tidak ditalkin atau dibuat kenduri? Nas mana yang diambil, mengatakan arwah terseksa tanpa itu semua? Puas aku mencari dalil, yang hanya dapat aku sandarkan adalah pada perbuatan jiran ku, Mr. Sivaratnam.

"Biarkan lah dia orang...." sampuk seorang yang lebih berusia. "Itu fahaman mereka" tambahnya lagi.
"Aku dah rasa dah, dia orang tu lain sikit". Pak Su Ama, yang tadi termenung jauh mula menambah.
"Cara ustaz nya memberi penerangan dan dalil, aku tahu dia orang tu macam wabahi, bagus lah cara macam tu".
"Ehh, tak boleh, tak boleh...tak munasabah tak buat kenduri!!"seorang lagi menanbah.

Aku biarkan saja mereka berdebat, pada ku , bagus juga si ustaz itu beri penerangan dan dalil. Tidak macam yang biasa-biasa nampak macam ada SOP, tapi tak kurang juga bercampur adat, bila ditanya, katanya ikut cara orang tua-tua lah.

Cawan teh suam itu diletakkan perlahan-lahan. Lama Ruby membisu, tapi akhirnya terkeluar juga persoalan itu,
"Sejak bila you pandai sunah-sunah pulak ni?!!".......


.....panjang lagi sambungan, akan menyusul nanti.

Wednesday, August 13, 2008

Saya ni masih muda tau tak??

"Nak tengok my fitness result?"
"I have an energy of a 25 years old athlete tau?...and you..?"
Antara kata-kata terakhir prof kepada ku. Memang dari zahirnya jauh beza aku dengan dia. Perut ku yang kian memboroi dengan usia ku yang tak seberapa jika dibanding dengan nya secara congak, mungkin aku tak mungkin sampai keusia dia. Mungkin itu yang hendak ditekankan demi untuk kebaikkan aku juga. Mungkin juga dia hendak bermegah dengan konsep hidup nya yang serba up todate, macho dan dominat seperti ayam jantan yang menjadi ketua koloninya.
Aku hanya berdiam diri. Duduk simpuh ku tetap seolah-olah kini kepala lutut ku terpaku erat dilantai rumah.
Dia sedar aku tahu bahawa dia lebih kepada kesempurnaan pada mata duniawi.
Dia sedar aku tahu bahawa lipatan kehidupan silam nya kelak pasti menjadi lagenda keluarga. Bukan lah pula pada ku, usia itu diukur dengan nombor-nombor yang kian meningkat pada setiap hari ulang tahun, hatta tidak muda seseorang itu jika diukur pada kederat yang dipinjamkan sementara oleh Sang Pencipta.
Bagi seorang insan yang melihat dunia ini dari kaca mata materialistik tentu sukar memahami falsafah kehidupan semudah ini. Kehidupan yang pada ku tidak ada persaingan, tidak ada yang perlu dicantas, ditindas atau ditekan, sebagaimana nya pula tidak ada pendewaan, tidak ada pengagungan kecuali pada yang Esa dan tentu tidak ada penonjolan diri atas pencapaian dunia semata-mata untuk bermegah.

Kini tubuh mu kaku. Ku lihat susuk tubuh mu tak langsung nampak celanya, tegap dan sasa seperti selalu. Tapi tanya ku, kemana perginya tenaga kederat anak muda 25 tahun itu? Mengapa tidak mampu berdiri tegak ketika ini, jangankan berdiri mengangkat kelengkeng mu pun kau tidak mampu. Bangun, teruskan pertaruhan mu, selesaikan tujuan mu, capaikan matlamat mu. Tapi tidak, kau tidak mampu lagi bergerak....... Keinsafan menyelubungi diri, pasrah kepada suratan illahi.

Aku tersentak, kepala ku yang kian berat telah terlabuh mencecah permaidani tebal, sambil mashaf Quran yang bertanda itu hampir-hampir terlepas dari genggaman ku. Mata ku terus tertumpu tepat ke dahi prof, kata ku dalam benak hati,
"Prof, berehatlah, amanlah, tidurlah dengan segala amalan murni mu, izin kan aku menyatakan, bahawa kehidupan mu menjadi inspirasi ramai anak bangsa, diri mu menjadi idola sekalian kerabat, rakan mau pun lawan. Tapi kami masih berhutang pada mu, nanti dulu. Biar kami sempurnakan dahulu amanat mu, biar kami zahirkan didikan mu, biar kami sempat mengucapkan terima kasih yang tak bisa digambarkan dengan dunia"

Aku terus menyambung helaian surah Al-Mulk secara perlahan dan sayu, disisi prof idola ku yang kini telah pun menjadi kaku, berstatus jenazah.............

(Semoga Allah mencucuri rahmat atas Roh Prof. Azmi Abdullah, UTM Jalan Semarak, Al Fatihah...)

Sunday, August 10, 2008

Dia adalah aku jua...

"Apa tak siap lagi ni!!!"
Suara aku memecah kedamaian pagi isnin. Anak-anak aku berasak-asak mundar mandir tanpa tujuan diruang tamu.
"Cuti sampai dua hari, kerja rumah ni pun tak boleh siap!!!" Jerit ku garang.
"Buat cepat, sebelum van datang!!" teriak ku lagi.
Anak ku terketar-ketar memegang pensil.
"Ha kira lah cepat!, Eja!..."
Dia terus blank.
Suasana sepi setelah mak nya turun dari tingkat atas untuk membantu. Aku terus ke dapur menyediakan sarapan.

Kemudian terdengar pula suara si ibu,
"Lepas nombor 7 apa???"....
Suara anak tak kedengaran....
"Berapa lepas 7??"..

"Sudah lah tu" kata ku dari dapur.
"Dia sudah blank" tambah ku lagi.
"Mari sini, sarapan!" Aku memanggil anak ku.

Emaknya datang..
"You tu lah, tak kesian langsung dekat budak tu..marah dia pagi-pagi" aku pula jadi sasaran.
"I marah bukan sebab dia tak tahu buat, tapi marah sebab kerja tak siap...dah 2 hari cuti tau tak?" jawabku menjelaskan fakta.
"Yer lah, I yang salah tak tengok homework dia" isteri ku membalas kata.
"I bukan nak kata siapa salah, tapi kesianlah dia kerja rumah tak siap lepas week end, bukan kesian sebab dia tak tau buat..." aku membentang falsafah.

"Makan roti dan minum air tu.."kata ku pada anak ku.
"Kerja rumah tak pernah nak siap, buat last minit, macam perangai abah dulu-dulu jugak...dah, balik nanti abah ajar. Makan." anak ku terus meneguk air dan menjamah roti bakar.

"Kerja ni macam mana?" tanya anak ku.
"Tinggalkan dulu jangan bawak, kalau cikgu tanya kata tertinggal..." tak tahu suara siapa yang mengeluarkan fatwa songsang itu pada anak ku. Prinsip nya salah, tapi atika nya betul, terdetik dalam hati ku, biar lupa bawa dari lupa buat...patut lah cikgu aku dulu tak terima langsung alasan "buku kerja rumah saya tertinggal cikgu".

Honk..honk...van sekolah anak ku di depan rumah. Berlari anak ku terus ke van dengan baju merah berserta beg galas.
Aku merenung jauh, mengekori larian anak kecil itu. "Masih tadika dia ni" terdetik dalam hati ku. Kagum aku pada nya, kerana zaman ku dulu, darjah satu adalah tahun aku mengenal A, B, C...............

Saturday, August 9, 2008

Bahana 8/8/8

Dah dua hari tarikh yang membuat manusia-manusia singkat akal itu berlalu. Aku pula masih letih dengan perjalanan jauh sejak malam semalam. Kini badan yang berat ini terpaksa aku gagah kan untuk pulang ke kampung halaman. Ada kenduri khawin.

Pelik nya kenduri khawin kali ini adalah, majlis akad nikahnya dah berlangsung pada Jumaat yang lalu, ie. 08/08/08 lah apa lagi!!!

Aku akan balik dengan protest atas budaya kafir tikam nombor yang menjadi-jadi dan menular dalam bangsa ku. Peliknya bangsa yang ikut sangat nombor ni memang berjaya, tapi bangsa yang terikut-ikut budaya ini hanya terus mengejar bayang-bayang. Biar lah engkorang semua dengan kebodohan mu, dan aku insyaAllah akan sampai ke kampung halaman, paling tidak dapat juga belasah nasi minyak sebelum ramadhan tiba....

Friday, August 8, 2008

Arab oh arab

Terlanjur aku dekat negara arab ni, ingin aku tulis sedikit tentang orang arab. Apa pun bukan maksud aku nak kondem dia orang ni, jauh lebih dari itu, aku tak bermaksud merendahkan puak keturunan Nabi ku yang mulia. Arab aku maksud kan ini adalah secara general.

Semalam, sewaktu kami sedang memesan makanan disebuah restoran. Seorang budak remaja arab menjarit-jerit memanggil pelayan yang berada di meja kami. Kawan ku berkata, Arab ini begitu, arab ini begini, perangai buruk, tak ada consederation, pentingkan diri sendiri dan banyak lagi cacian, maki hamun, sumpah seranah nya pada mereka. Ada betulnya kata-kata sahabat ku, peribadi mat salleh kafir tu ada lebih baik jika diselidiki ataupun senang dilihat dari zahirnya.

Datang ilham dari mulut ku secara sepontan-
"Jika orang Arab ini semuanya baik-baik, penuhlah syurga dengan meraka. Mereka pandai ngaji, pandai bicara bahasa syurga, berdoa petah dalam bahasa Al-Quran. Dimana status kita jika mereka semua begini?"
"Hmmm.."jawab kawan ku.
"Itulah kebesaran dan keadilan Allah. Satu masyarakat yang lahir dalam budaya dan bahasa Al-Quran, belum tentu mampu dan boleh menzahirkan Al-Quran itu secara jujur."
"Betul juga tu" jawab kawan ku pendek.

...Budak arab kurang ajar itu terus menjerit-jerit memanggil pelayan yang sedang mengambil order kami.

Wednesday, August 6, 2008

Matrix

Aku hidup dalam satu dunia yang amat asing. Sifat dan sikap ku terlalu tinggi martabatnya untuk orang sekeliling ku. Kekadang sikap lembut, tanpa konfrantasi, lebih mengutamakan orang lain dan penuh considerate sememangnya tidak sesuai sekali dengan orang sebelah sini. Orang sebelah sini teracun fikiranya atas kebongkaan diri yang sebenarnya tidak adak ada langsung pada mereka. Dari setinggi jawatan hingga serendah-rendahnya semuanya berlagak besar kepala. Pegawai tinggi terasa tinggi hidung, yang bawahan pula malu nak mengaku mereka itu sebenarnya orang suruhan.

Aku tak bermaksud sama sekali untuk menghina atau mencela, tapi rasanya bagsa lain tidak perlu menunjuk-nunjuk kehebatan mereka tetapi terus berpegang atas prinsip ingin membantu. Mungkin perkara ini asing bagi orang sebelah sini tapi greeting setiap sebelum membeli barang adalah amalan tetap masyarakat bertamadun, sedang orang kita, kata-kata seperti "haa?, tah!, tak de!"...dan lain-lain adalah ucapan paling panjang antara 2 orang yang sedang berurusan di mana-mana kaunter.

Ada orang berkata, dekat sini yang paling profasional adalah mereka yang bertugas di kaunter Mac Donald atau KFC...ada betulnya pada saya pendapat ini...tapi secara peribadi ianya mungkin sedikit-sedikit dan perlahan-lahan kian terhakis, kerana anak-anak orang kita yang sedang membesar ini ternayta kian ramai yang semakin kurang didikan budibahasa dan mereka ini yang kelak akan mengisi segala jawatan front liner.

Tak keterlaluan nanti orang kita sebelah sini akan dikenali sebagai negara atau bangsa kurang ajar!!!

Halus nya ciptaan Tuhan

Dah lama aku tak tengok, muka paras yang amat jelita macam dia. Aku pulak bukan lah seorang yang suka menghebah-hebahkan kecantikan paras seseorang, tetapi untuk kali ini aku rasa ada baiknya aku sematkan didalam nota kehidupan ini bahawa semalam telah aku berjumpa paras rupa yang dah lama tak kelihatan. Apa pun, segala keinsafan dan pujian hanya untuk Allah yang maha kaya atas penciptaannya. Semoga keperibadian mu, seindah kejadian mu.

Kekadang perkara yang sebegini baik kita selindungi dari bini, semestinya paras rupa dan keterampilan orang yang tersayang itu adalah terbaik, tetapi hakikat hidup bersama tentu ada sifat dan perangai masing-masing yang terkadang meracuni jiwa. Begitu juga dengan "bidadari" yang aku jumpa semalam, mungkin tertarik aku kerana terlindung segala sifat nista yang kelak terzahir apabila kita lebih mengenali.

Pada ku hanya satu, keindahan yang ada, semuanya ciptaan Sang Agung. Jangan fikir kerana kejelitaan, kecantikan dan keayuan diri mu bisa membuat aku jatuh tersungkur memuji diri mu. Sedang aku insyaAllah hanya akan bertambah ketakwaan ku kepada yang ESA.

Monday, August 4, 2008

Bukan ustad, baru nak start

Puas aku cari mana lah perginya blog lama aku dulu. Habis seharian, sejak malam tadi memang tak ketemu blog bermusim yang aku cipta beberapa tahun yang lampau. Nak tak nak, terpaksa lah buat akaun baru...benda free, belasah jer lah.

Seperti biasa bila baru-baru nak start ni melimpah ruah idea benda nak tulis. Dari sekecil-kecil perkara sampai segala permasalahan dunia nak aku sumbat kat monitor kecil ini, tapi harap-harap bila dah lama esok....katakan setelah dua tiga hari mesti timbul rasa malas, langsung sepotong ayat untuk blog ni pun tak bisa disusun, seperti yang dulu-dulu tu lah. Harap-harap tidak.

Bila baru nak start balik ni, banyak lah pulak benda kena register, foremost frust juga bila nama lama dah diambil orang. Bukan setakat diambil orang aja, ada bermacam-macam version lah puloook. Setelah berkali-kali cuba, ni lah baru berjaya dapat pakai nama yang sesuai. Itu pun Tuan Tulis dah kena rembat, tapi selaku zaman moden ni, mana ada tulis-tulis dah, kalam pun dah lama tumpul, papan batu dah lama pecah, tentu Tuan Tulis bertukar wadah. Memakai PC, notebook atau setidak-tidaknya typewriter untuk bergerak sealiran zaman.

Ok first task dah siap, tapi macam mana nak promote benda ni hah? Kalau tak silap macam dancha dulu ada list of orang yang baru update entry...yang ni pun sama ke? Ok lets see.