Thursday, June 9, 2011

Qarinah dan Qazaf

Maka tiba-tiba wall facebook kita berselirat dengan sisipan video seorang Ustaz denga tajuk Penjelasan Tuduhan Zina tanpa 4 orang saksi. Saling berrangkai, pautan demi pautan, via wall sifulan kepada wall sifulan dan sifulan kepada sifulan... lagak seperti terkejut beruk sangat dengan ceramah ustaz yang mendedahkan bahawa mana mungkin 4 orang saksi menjadi tunggak kepada setiap kesalahan seks, atau lebih tepat merujuk kepada Zina dan Liwat dalam perundangan islam!!

Saya lebih suka mengkaji daripada menyebarkan- lebih-lebih lagi jika ianya sesuatu yang bersangkutan dengan perundangan yang telah termaktub dalam agama islam. Maka disini saya bawakan secara ringkas, bersesuaian dengan kapasiti saya sebagai orang awam satu catetan bersangkutan dengan hal yang disentuh dalam klip video tersebut.

Pada awal video tersebut tertulis kata-kata sebegini.." Bolehkah membuat tuduhan zina tanpa membawa 4 orang saksi, sebaliknya penuduh hanya mempunya bukti-bukti lain seperti video, gambar, air mani, DNA, pakaian dan sebagainya?" disini saya ubah, baca dan cernalah catetan saya ini secara jujur dan jawablah sendiri persoalan yang dibawa oleh tukang edit video tersebut...ingat secara jujur!!

"Ustaz" yang berceloteh pun memulakan bicara dengan mengatakan bahawa:-

Pertuduhan zina ada tiga (kaedah)..barulah boleh jatuh (hukum) sama ada nak kena hudud atau ta’zir. Pertama ada ikrar (pengakuan). Bila mengaku berzina, dia kena hudud.

Kedua. Hendaklah dikemukakan empat orang saksi. Yang adil, yang tidak fasiq, yang nampak sungguh-sungguh perlakuan zina itu berlaku.

Ketiga, seandainya tidak ada 4 saksi, ia datang dari segi qarinah (pembuktian lain). Qarinah adalah pembuktian yang tidak ada 4 saksi. Tetapi tidak boleh dihukum di bawah undang-undang hudud, (sebaliknya) dihukum di bawah undang takzir”, katanya.

Setelah kita rujuk, kita dapati bahawa Jenayah zina telah sepakat di kalangan ulama boleh thabit dari dua perkara :

a) Pengakuan daripada penzina atau Iqrar.

b) Bukti yang jelas iaitu oleh 4 orang saksi lelaki muslim, baligh, merdeka, punyai pengelihatan, boleh bertutur, tidak ditohmah sebagai pembohong dan adil. (al-Feqh al-Islami wa adillatuhu, 8/6035-6040, cet kedua, Dar al-Fikr)

seseorang sabit jenayah zina/liwat.MENUDUH-tidak ada langsung kita jumpa tentang Qarinah dalam bab

DALIL PARA JUMHUR ULAMA’:

1. Firman Allah:

Mafhum: “Maka mestilah bersaksi ke atasnya ( kes zina) dengan empat saksi daripada kamu” (An-Nisa’: 15)

2. Firman Allah:

Mafhum: “Bagi mereka yang menuduh wanita-wanita baik (dengan zina) kemudian tidak membawakan empat orang saksi” (An-Nuur 4)

3. Firman Allah SWT:

Mafhum: Hendaklah kamu bersakasi dengan mereka yang adil daripada kalangan kamu (At-Talaq: 2)

4. Sabda Nabi SAW:

Mafhum: “Empat saksi lelaki atau hukuman sebat ke atas belakangmu” (Riwayat al-Bukhari dari Ibn Abbas lihat Nasb ar-Rayah 3/306, dan Abu Ya’l al-Mausili daripada anas bin Malik)

Qarinah- hanya diterangkan kaedah ini dalam masalah jenayah zina adalah berkenaan dengan wanita (mangsa rogol) yang tidak mempunyai saksi, dia dibolehkan membawa bukti-bukti (qarinah-qarinah) terkuat mengikut cara perundangan ke mahkamah atau ke qadhi dan hakim. Ia mesti dilakukan dengan teliti agar tidak sabit hukum qazf ke atasnya. Dalam ertikata lain, (membawa bandingan cetik ustaz itu)... Jika ada seorang anak dara budak kilang (kata ustaz itu) didepan rumah kita, yang tiba-tiba besar perutnya, maka kandungan dalam perut itu menjadi Qarinah (bukti) bahawa dia telah berzina. Cantiknya perundangan islam, disini perlulah si wanita tadi membawa Qarinah (bukti-bukti) pula bahawa dia dirogol apabila disoal samada dia telah berzina yang menyebabkan dia mengandung.

Jika wanita itu didapati memang telah berzina dalam "kaedah perundangan", tetapi masih tidak mahu mengaku- maka jatuhlah takzir keatasnya. Jika dia mengaku, maka hudud lah keatasnya.

Begitu juga jika Qarinah yang dibawa oleh wanita itu menunjukkan dia telah dirogol, maka terselamatlah dia dari hukuman dan dia boleh meminta hakim memberi keadilan keatas dirinya dan menghukum perogolnya dengan Qarinah yang ada, dengan cara yang diajar oleh syarak.

Kepincangan pada klip video yang tersebar adalah, si ustaz hanya menonjolkan bahawa anak dalam kandungan itu adalah Qarinah untuk kita menuduh wanita itu berzina, tanpa usul periksa- ustaz tidak memberi ruang atau penerangan langsung tentang pembelaan nasib wanita yang mengandung itu dengan kaedah Qarinah.

Ustaz pula seperti menyindir bila mana membawa gambaran isteri jemaahnya dirogol- di gambarkan kebodohan ahli jemaah nya (juga mungkin penggemar video nya) yang tidak tahu apa yang hendak dibuat kerana tidak ada 4 orang saksi, disini saya kongsi kan kaedah terutama untuk mereka yang sedang rancak memfowardkan video itu...biar cerah sikit otak itu..

Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat lapuran polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini prosedur biasa.

Polis atau pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan lapuran dan keterangan yang diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol sememangnya telah berlaku, pegawai penyiasat akan menyerahkan lapuran kepada pihak pendakwa.

Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak mencukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah undang-undang Takzir. Melalui peruntukan Takzir, beban pembuktian adalah lebih longgar. Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA test, lapuran

kesihatan, penilaian psychology, dll) dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah boleh digunakan sebagai bahan bukti yang boleh mensabitkan kesalahan takzir ke atas perogol. Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf, kerana Qazaf merupakan kesalahan Hudud dan sebarang keraguan

yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah) dalam kes Hudud boleh menggugurkan kes tersebut. Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt). Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi

tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.

(Saya benar-benar berharap agar sahabat yang turut ketawa dengan lawak ustaz ini dalam masalah diatas bertubatlah- kerana anda mungkin sebenarnya mentertawakan kehendak Allah tanpa disedari...)

Merujuk kepada urutan dalam pencarian saya, sebenarnya kita akan berjumpa dengan istilah 1. Ikrar 2. 4 orang saksi 3. Qazaf dan keempat barulah Qarinah.

Jelas ulamak telah menggariskan dangan petunjuk dari Allah dan Nabi saw, sebelum kita berbicara bab Qarinah, pastikan dahulu kita faham peruntukan Qazaf dalam perundangan islam. Qazaf membawa kepada hudud, sedangkan Qarinah hanya membawa kepada takzir.

Qazaf ialah membuat tuduhan zina yang tidak dibuktikan oleh empat orang saksi lelaki terhadap seseorang Islam yang mukallaf dan dikenali sebagai seorang yang bersih diri daripada kelakuan zina. Tidak berlaku Qazaf atas tuduhan kepada pelacur atau gigolo, atau orang yang diketahui sebagai ahli zina. Islam begitu mengambil berat isu qazaf sehinggakan, dengan kata-kata seperti "engkau anak haram" atau "engkau bukan anak bapa mu.." adalah menuduh seorang ibu itu berzina dan boleh dijatuhkan hudud kepada pengucapnya- inikan pula menuduh secara terang-terangan bahawa seseorang individu itu berzina/liwat.

Seorang wanita yang mengandung anak luar nikah pun boleh dikenakan Qazaf jika menuduh seseorang itu bapa kepada anak dalam kandungannya jika Qarinah yang dibawa nya tidak kuat atau ditolak oleh mahkamah, inikan pula seorang asing yang tidak ada kena mengena tiba-tiba menuduh seseorang telah bersetubuh/liwat dengannya samada secara paksa atau sukarela.

Perlu diingat, berapa ramai pula hari ini, wanita yang berzina dengan teman lelakinya, tetapi akibat ditinggalkan teman lelaki maka mendakwa dirinya dirogol, atau terdapat juga wanita jahat yang diupah dan sebagainya, yang sengaja mahu menjerat individu tertentu maka menuduh dirinya dirogol individu sasarannya, tanpa bukti langsung. Justeru dengan adanya hukuman qazf ini, perkara ini akan terhalang.

Maka, keadilan hukum Islam ini menyelamatkan kedua-dua pihak, sama ada pihak wanita yang dicabuli (dengan hukuman hudud atau ta’zir ke atas lelaki yang mencabulinya) dan pihak lelaki (boleh disabit hanya dengan 4 saksi atau bukti yang nyata tanpa boleh dituduh sebarangan) Jelas, Islam menjaga kedua-dua belah pihak tanpa sedikitpun menzalimi mereka.

Sebagai penutup, catetan diatas adalah olahan dari pembacaan dan perbincangan saya dengan guru-guru saya. Saya mohon maaf kerana tidak dapat memberi nota kaki untuk tuan-tuan tekuni, tetapi percayalah insyaAllah, buka lah mana-mana kitab fikh pun, jika menyentuh soal zina, maka urutan nya adalah begini..

1. Ikrar

2. Saksi 4 orang

3. Qazaf

4. Qarinah

Kesimpulan..untuk jenayah zina.

1. Pertuduhan WAJIB membawa 4 orang saksi.

2. Jika menuduh seorang itu berzina dengan kaedah Qarinah kandungan, tertuduh berhak membawa Qarinah untuk membuktikan bahawa dia dirogol.

3. Jika menuduh seseorang berzina dengan kaedah Qarinah, Qazaf perlu juga dijalankan kerana hudud adalah lebih utama dari takzir.

Qazaf membawa kepada hudud, sedangkan Qarinah hanya membawa kepada takzir. Hudud adalah ketentuan Allah, dan takzir adalah ketentuan para hakim (manusia), mana mungkin dan mengapa ustaz melanggar Hudud untuk menjatuhkan Takzir?

Saya adalah orang sekular yang hanya mampu membuat rujukan dan muzakarah tanpa ada apa-apa motif politik, ianya semata-mata kerana ilmu islam, mungkin ada kesalahan pemahaman saya dalam bab ini saya mohon dibimbingi. Sedangkan ustaz yang menyampaikan kuliah adalah orang agama tetapi kita tidak pasti apa kepentingan nya atau mungkin sahaja olahan penyebar video yang telah diedit ini yang sebenarnya berkepentigan, saya serahkan pada tuan-tuan dengan penghujahan yang tak seberapa ini semoga kita terus dilindungi Allah dari fitnah akhir zaman. Dengan itu, jawablah persoalan yang mula-mula kita hadapi tadi dengan sejujurnya....

WallhuA'lam

Sebarkanlah jika ada baiknya...

(pada rakan-rakan yang kurang senang dengan tulisan saya ini, saya mohon maaf. Saya cuma merasakan ianya perlu disebarkan sebagai wadah tuan-tuan semua menilai dengan hikmah dan jujur)

2 comments:

Al-Haqbinizam said...

maafla saya menegur sebab tulisan saudara agak mengelirukan. urutan yang saudara bawa dalam mensabitkan kesalahan zina dengan memasukkan qazaf adalah salah, kerana qazaf bukannya kaedah pembuktian tetapi merupakan salah satu daripada jenis kesalahan hudud. Apa yang disyarahkan oleh ustaz itu memang betul dan tidak ada yang mengelirukan. Walau bagaimanapun masih terdapat persoalan yang belum disentuh khususnya mengenai bentuk hukuman yang perlu dijatuhkan secara praktikalnya berdasarkan kepada undang-undang kesalahan jenayah yang diterima pakai sekarang ini jika pasangan mengaku (ikrar) bahwa mereka berzina. Sepatutnya apabila ada pengakuan (ikrar) maka kita tidak boleh meminda hukuman hudud kepada takzir, tetapi apa yang menjadi dilema sekarang ini ialah undang-undang jenayah di Mahkamah Syariah memperuntukkan kesalahan zina dengan hukuman takzir sahaja, maka walaupun ada pengakuan berzina, hakim telah menjatuhkan hukuman takzir ke atas orang yang mengaku berzina itu. Persoalannya ialah adakah tindakan hakim tersebut betul atau bertentangan dengan hukum syarak? Jika hukuman takzir tidak dijatuhkan maka orang yang mengaku berzina itu hendaklah disabitkan kesalahan tanpa hukuman kerana tidak ada peruntukan yang membolehkan hakim menjatuhkan hukuman hudud. Jika hukuman takzir dijatuhkan maka ianya jelas bertentangan dengan hukum syarak. Perkara ini perlu dibahaskan secara ilmiah dan bukannya sentimen.

Tuan Taip said...

salam tuan...
Saya baru sedar ada reply pada tulisan kali ini..insyaAllah mari kita tekuni satu persatu, kerana mungkin kelemahan saya message yang hendak disampaikan tidak sampai maksud nya.

1. Memang Qazaf adalah hudud seperti mana yang telah saya tulis.
2. Qarinah adalah pembuktian.

Ustaz menekankan bahawa Qarinah dibolehkan dalam kes zina- sekali lagi itu bukan masalahnya. Masalah yang hendak saya hi-lite kan disini, setiap Qarinah boleh mengkaitkan orang yang menuduh itu kepada Qazaf jika pembuktian itu lemah, tidak menepati kaedah dan sebagainya. Kita perlu ingat bahawa jika kita menuduh seseorang itu berzina/liwat, walau dengan Qarinah kita mungkin tidak terlepas dari Qazaf- ini tidak disebut langsung oleh ustaz itu.

Pada perbahasan kedua tuan, saya tidak dapat tidak, selain daripada bersetuju dengan apa yang dibentangkan. Jawapannya pula adalah mudah..hudud bukanlah undang2 yang didaulatkan di Malaysia. Sedangkan kaedah "tangkap basah" yang sering dilaksanakan disini, seperti menyerbu bilik2 hotel dsn itupun tidak menepati syariat oleh pihak berwajib, mana mungkin hukuman hudud boleh dijalankan.

Terima kasih, atas perihatin tuan dan semoga begitulah hendaknya pada masalah fikh ini baik kita ketepikan fahaman politik atau kecenderungan menyokong seseorang atau kumpulan dan bermuzakarah dengan ilmu bukan dicampur aduk dengan emosi.