Seseorang telah berhujah tentang ucapan islam itu mudah dan sememangnya ungkapan itu kedengaran baik dari para alim ulamak hinggalah orang awam yang merasa dia terlebih tahu ilmu Allah tetapi hakikat amal nya adalah sebaliknya. Berikut adalah semata-mata pengertian saya tentang mudahnya Islam, insyaAllah kebenaranya ada disitu tetapi sanggahlah jika tersinggung akidah.
Islam itu mudah, tak semudah ucapan itu. Malah ucapan itu pula perlu sesuai dengan keadaan, tempat dan yang paling penting sesuai dengan takat iman dan akal yang mendengar. Apakah mudah islam itu jika perlu mengambil wudhu 5 kali sehari semalam dalam keadaan musafir atau mid winter dengan suhu cukup dibawah 10 darjah c sahaja? Kalau sewenangnya kita sebut "Islam itu mudah" pada orang yang baru nak dekat dengan islam atau pada mereka yang baru baligh pada usia 50an dah tentu kita kena pelangkung jika tidak kena empat dan keadaan nya.
Sebelum kita faham "kemudahan" dalam islam, kita perlu sedar bahawa mujahadah adalah lebih penting dan lebih besar. "Mudah" itu datangnya kemudian. Pendeknya untuk kita mencapai tahap mudah dalam islam, setiap individu perlu mujahadah, setidak-tidaknya dalam mencari ilmu selok belok ibadah. Perlu kita mengerti akan Azimah dan Ruksyah, disitu kelak kita berjumpa mudahnya islam dalam ibadat, TAPI bukan lah dengan tidak bersolat (contoh) itu dipanggil mudah. Lojiknya, mana lebih mudah jika seorang yang tidak pernah bersolat, kini dia perlu bersolat? Malah bukan sekadar bersolat tapi kena solat 5 kali sehari semalam lagi pulak!!! Sudah tentulah seorang yang tidak terkongkong dengan rutin solat merasakan kewajipan itu sebagai satu bebanan, lalu bertanya "apa mudah nya tentang islam?"
Cuba kita selidik apakah hakikat asal perkataan islam itu adalah mudah? Kita hanya menyebut tapi apakah sebutan kita itu berdasarkan ilmu atau kita juga jatuh kepada istilah yang dikatakan sebagai taqlid. Dengan tambahan dari saya "taqlid buta" jika kita bertaqlid tanpa ilmu. Taqlid yang sedikit elok darjatnya daripada taqlid orang awam perlu disokong dengan sedikit nash. Pada tingkatan ini kita tidak perlu tahu susurjalur sesuatu nash secara detail, tetapi cukup sekadar tahu secara zahir nash disebalik hujah, hukum atau fatwa.
Dalam konteks ini ada satu riwayat yang mengatakan, Nabi bersabda "Jika aku diberi pilihan akan dua perkara. Yang satu payah dan yang satu mudah, nescaya aku akan memilih perkara yang mudah". Mungkin dari riwayat ini selain nash alquran diguna pakai oleh ramai orang dalam mewar-warkan kata-kata "Islam itu mudah", tetapi sayangnya mereka terlupa akan kunci kepada hadis ini, iaitu dihujugnya Nabi menambah.."Aku akan memilih yang mudah, asal sahaja yang mudah itu tidak mendatangkan dosa". Maknanya, mudah itu apa? mudah itu adalah mudah dalam syarak, sehabis-habis mudah dalam syarak itulah batas kemudahan untuk kita. Jika kita mahu kan yang lagi mudah, sedangkan yang mudah itu telah terkeluar dari syarak, maka jatuhlah dosa dan pada hati yang mati terluahlah kata-kata islam ini menyusahkan. ..nauzubillah, semoga kita dan anak isteri kita terlepas dari sedemikian.
Seharusnya pada usia ini, kita sedar bahawa dalam islam ini ada perkara yang kita boleh selidik, kaji dan persoalkan. Namun begitu ada juga perkara yang kita harus terima bulat-bulat, perkara yang tidak seharusnya kita tanya kenapa dan mengapa? Islam ini bukan agama jumud yang menghalang umat dari bertanya dalam pada itu pula islam bukan agama logik yang memerlukan jawapan sains pada setiap suruhan. Banyak rahsia Quran yang terungkai oleh sainstis islam mahupun bukan islam, namun begitu banyak lagi hukum dan cara yang tak usai dipertikaikan orang tentang islam.
Akhirkata, dalami lah ilmu, kelak ia menjadi mudah, saya tambah -islam itu sememangnya mudah tapi jangan sesekali mempermudahkan.
Wallhua'lam.
No comments:
Post a Comment